BERJASA Masuk Gelanggang Bawa Politik Bebas Cengkaman ‘Warlord’, Taikun – Hamdan Sharif

Hamdan Sharif Ketua Penerangan BERJASA
Hamdan Sharif

BANGI – Sama sekali tidak dibayangi gaya politik ‘lapuk’, Parti BERJASA memberi jaminan menawarkan kepimpinan baharu dalam pentas politik – membawa Malaysia kepada sebuah negara yang unggul dan bermaruah.

Menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan institusi diraja, BERJASA juga mahu membawa gaya politik yang bebas cengkaman ‘warlord’ dan taikun, termasuk tidak tunduk sebarang desakan pihak luar yang hanya merugikan negara.

Berpegang dengan prinsip itu, Pengarah Jentera BERJASA Parlimen Shah Alam, Hamdan Shariff berkata, parti itu akan menampilkan calon yang bersih dan berintegriti tinggi, selain taat kepada agama serta mempunyai kekuatan kepimpinan tersendiri menjelang pilihan raya nanti.

“BERJASA menjunjung tinggi segenap aspek Perlembagaan negara terutamanya tunjang iaitu institusi raja, agama dan bangsa di samping menerima Malaysia yang wujud dari bangsa majmuk, dan bertoleransi tinggi dalam ruang lingkup Perlembagaan dan syarak.

“BERJASA terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membawa aspirasi dan semangat yang sama, untuk menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, beliau turut memberi amaran kepada pemain politik dan pihak yang berbuat khianat terhadap tanggungjawab mereka, termasuk merosakkan negara atau melakukan perkara bertentangan Perlembagaan Persekutuan.

“Pilihan telah diberikan kepada pengundi-pengundi. BERJASA telah masuk gelanggang dan kami akan terus berjuang demi negara, bangsa, agama dan tanah air tercinta.

“Kami menyeru semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang menjulang tinggi Perlembagaan dan yang mahu berjuang bersama mengangkat martabat agama, bangsa dan negara ke satu tahap yang lebih baik,” katanya.

Terdahulu, BERJASA Shah Alam merasmikan pembukaan Pejabat Gerakan di Blok 4, Worldwide Shah Alam, bersempena lawatan Jawatankuasa Kerja Pusat Parti BERJASA Malaysia, semalam – Sumber Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Pengurusan Pincang Punca Banjir Luar Biasa Gagal Diatasi – Ir Lukman

Related Posts