Larut – BERJASA terus mendapat tempat dihati masyarakat, apabila salah satu bahagiannya menerima pendaftaran secara sukarela daripada penduduk setempat untuk menjadi ahli BERJASA dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa dalam Mesyuarat Jawatankuasa BERJASA Larut. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 21 Mei 2023 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Perak.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi menerangkan secara lebih terperinci mengenai agenda BERJASA kepada ahli-ahli BERJASA bahagian dengan gerak kerja yang tersusun demi menjayakan slogan kepimpinan baharu Malaysia dan misi mengubah landskap politik negara.
Upacara penyerahan sijil perlantikan jawatankuasa bahagian, jawatankuasa wanita, pemuda dan pemudi yang baharu juga dilaksanakan bagi memberi semangat dan penghargaan atas komitmen yang bakal diberikan kepada BERJASA Larut. Upacara penyerahan sijil perlantikan yang disampaikan kepada seramai 30 ahli jawatankuasa baru telah disempurnakan oleh Ustaz Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA.
Turut serta dalam mesyuarat tersebut ialah Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim, Naib Presiden BERJASA, Afif Badhrulhisham dan Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Shariff, serta Setiausaha Agung BERJASA yang juga merangkap Yang Di-Pertua BERJASA Larut, Zulkifli Yahya.
Tahniah BERJASA Larut! Jelas pengorbanan penggerak BERJASA di kawasan Larut memberi impak positif sehingga berjaya menarik minat masyarakat setempat untuk menyokong BERJASA dan menjadi ahli aktif BERJASA.