Anwar Ibrahim Dakwa Jangan Politikkan Isu BlackRock, Utamakan Kepentingan Negara Dahulu

anwar ibrahim blackrock

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu BlackRock. Anwar Ibrahim berkata polemik isu BlackRock yang diulas secara berlebihan ini dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.

Beliau berucap pada Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai di sini Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan keberadaan syarikat gergasi pelaburan itu di Malaysia sejak sekian lama bagaimanapun tidak ‘menghalang’ pendirian Malaysia dalam menyuarakan isu kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza, Palestin.

“Dalam sejarah dan ketimbang dengan negara lain, kita (Malaysia) antara paling jelas dan keras, jangan tuntut lebih dari itu. Kita ini negara berkembang, tengok tahap keupayaan kita, jangan kerana nafsu serakah nak tunjuk hebat, kita rosakkan kepentingan negara, itu prinsip secara umumnya.

“..dan kezaliman Israel ke atas Palestin adalah sangat jelas, tiada siapa yang pertikai. (Tapi) Kalau ada syarikat Microsoft ke, Google ke tunjuk simpati pada Israel kita memang tentang, (namun) apakah saudara fikir kita harus tutup semua laluan dan kerjasama dengan mereka?” katanya.

Kenyataan beliau ini menggambarkan seolah-olah nasib rakyat Palestin yang menderita di Gaza tidak penting dan dipandang secara serius. Beliau sedar keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara membangun tidak mampu untuk membawa isu Palestin di peringkat yang lebih tinggi namun beliau yang kononnya mendakwa memperoleh sokongan tokoh pemimpin Islam seluruh dunia tidak berjaya melobi negara-negara Islam dalam menekan Amerika Syarikat dan Israel untuk menghentikan pembantaian di Palestin.

Bukan itu sahaja malahan kenyataan beliau yang berkata “..dan kezaliman Israel ke atas Palestin adalah sangat jelas, tiada siapa yang pertikai. (Tapi) Kalau ada syarikat Microsoft ke, Google ke tunjuk simpati pada Israel kita memang tentang, (namun) apakah saudara fikir kita harus tutup semua laluan dan kerjasama dengan mereka?” Ini menampakkan kesedaran beliau tentang kezaliman Israel kepada Palestin tetapi masih menetapkan pendirian untuk Malaysia tidak memutuskan kerjasama dengan entiti yang bersimpati dengan Israel kerana akan menjejaskan ekonomi negara.

Sebelum ini, Presiden BERJASA mengecam kerajaan kerana tidak serius dalam memperjuangkan isu rakyat Palestin kerana tetap meneruskan kerjasama ekonomi dengan BlackRock. Beliau menegaskan di kala negara lain memberikan bantuan senjata kepada Israel, Malaysia dan negara lain berterusan memberikan bantuan makanan sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
harga barang komoditi

Pakar Ekonomi Antarabangsa Gesa Malaysia Hapuskan Harga Kawalan Barang Komoditi

Next Post
surcaj elektrik

Penurunan Surcaj Elektrik Tidak Mampu Turunkan Harga Barang

Related Posts