Ambang PRN: Ayuh Turun Mengundi

Rembau – Walaupun BERJASA tidak mengambil bahagian di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti atas dasar ingin memberi peluang kepada dua blok terbesar sahaja iaitu Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan harapan mesej yang ingin disampaikan oleh rakyat di peringkat nasional itu nanti lebih jelas.

Itu yang ditegaskan oleh Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai PRN yang akan berlangsung pada hari esok iaitu 12 Ogos 2023.

Tegas beliau, calon-calon yang bertanding tidak sepatutnya berdiri di atas pentas kempen politik dengan mengeluarkan kata-kata hinaan kerana ia tidak layak dibicarakan daripada mulut pihak yang akan diangkat oleh masyarakat sebagai pemimpin. Sebaliknya mereka perlu membawa satu pandangan parti dengan menawarkan idea cara untuk memajukan negeri, memajukan rakyat dan berkhidmat kepada rakyat bagi membolehkan masalah yang membelenggu rakyat dapat diselesaikan.

Dalam tempoh berkempen ini juga, beliau sempat meluangkan masa bersama calon-calon yang bertanding nanti dan membawa harapan agar para pengundi dapat keluar beramai-ramai seterusnya memilih calon terbaik yang boleh menjaga hak agama dan bangsa.

Di akhir kata beliau, beliau menyeru kepada mereka semua turun beramai-ramai menunaikan kewajiban sebagai rakyat Malaysia untuk turun mengundi kerana ini saatnya untuk mereka menunjukkan kuasa dalam PRN kali ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Adakah Benar Taikun Kapitalis Masuk Campur Dalam Politik Kita?

Next Post
Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan

MUDA Perlu Tolak Tawaran DAP

Related Posts