Putri Qistina Bukti Malaysia Tidak Tandus Pelajar Cemerlang – Nur Azliza Rajiain, Ketua Pemudi BERJASA

PUTRI QISTINA
PUTRI QISTINA

KUALA LUMPUR, April 20 — Malaysia tidak kekurangan pelajar cemerlang berpotensi membangunkan negara, kata Pemudi Berjasa susulan kejayaan pelajar tempatan di peringkat antarabangsa..

Putri Qistina Rosmadi, 19, pelajar Foundation in Accountancy (FIA) tajaan Young Talent Programme (YTP) MARA, mencatat kecemerlangan dengan meraih 98 peratus.

Putri Qistina Peroleh Pengiktirafan dunia

Dalam kenyataan itu, sayap Pemudi parti berkenaan mengucapkan tahniah kepada Putri Qistina Rosmadi, pelajar KPM Ayer Molek, Melaka, yang diiktiraf antara pelajar terbaik dunia bagi subjek Management Information (MA1) ACCA.

Menurut kenyataan itu, beliau mencatatkan markah hampir sempurna iaitu 98 peratus, sekali gus mencerminkan tahap kecemerlangan akademik yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia.

Bukti keberkesanan pelaburan pendidikan

Kejayaan itu membuktikan anak muda Malaysia mampu bersaing di peringkat global dengan peluang, sokongan dan platform sesuai.

“Sebagai pelajar tajaan Young Talent Programme (YTP) MARA, beliau contoh pelaburan pendidikan yang melahirkan bakat unggul negara,” menurut kenyataan itu.

Keperluan lahirkan lebih ramai bakat berkualiti

Dalam pada itu, Pemudi Berjasa menegaskan negara memerlukan lebih ramai pelajar pintar, berdaya saing dan berintegriti seperti Putri Qistina.

Katanya, golongan muda bukan hanya perlu cemerlang akademik, malah berpotensi memimpin dan membangunkan negara.

Galak penglibatan dalam bidang profesional dan STEM

Sehubungan itu, pelajar digalakkan menceburi bidang profesional dan STEM sebagai tunjang pembangunan negara moden.

Pemudi Berjasa berharap kejayaan itu menginspirasi pelajar Malaysia mencapai kecemerlangan dan menyumbang kepada negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bangun KL: Malaysia deserves better solutions – Afif Badhrulhisham, Vice President of BERJASA

Next Post
MUSLIM TOURISM

Muslim Tourism Urged to Be Strengthened as Malaysia’s Key Economic Driver – Afif Badhrulhisham, Vice President of BERJASA

Related Posts