BANGI – Majlis pembukaan sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung baru-baru ini, menampakkan dengan jelas agenda Barat untuk memacu dunia ke arah satu kefahaman ‘diversity‘ yang sesat. Sukan Olimpik Paris 2024 yang dianjurkan untuk temasya sukan dunia dicemari dengan pertunjukan yang amat jelek.
‘Diversity‘ dalam konteks Barat yang memperjuangkan memperjuangkan kesamarataan jantina, perkahwinan sesama jantina, kebebasan perlakuan seks, bantuan serta perlindungan kepada gol yang mempromosi seks songsang LGBTQ dan apa jua “diversity” yang mereka perjuangkan perlu difahami oleh umat Islam dan kaum yang bertamadun bahawa “diversity” begitu hanyalah satu seruan sesat yang mempunyai satu penyusunan gerakerja yang kemas terancang.
Umat Islam jelas telah diperingatkan dalam Al Quran tentang janji Iblis bahawa dia akan menyesatkan mereka sehingga mereka menuruti seruannya dan sesat dalam kehidupan serta umat Islam gagal menjalankan fungsi untuk membawa manusia lain tunduk kepada ajaran Allah di dunia dan mengapai keredhaan-Nya di akhirat.
Ketua Wanita BERJASA, Dr. Fadilah Ashari berkata agenda Barat kini tidak perlu lagi mereka angkat dengan berselindung kerana mereka punya kekuatan kuasa, jawatan, wang dan sokongan kuat dari segelintir pemimpin dunia yang menjadi pembawa agenda ini.
“Hal ini jelas dengan keputusan tidak membenarkan Russia bertanding dalam Olimpik 2024 kerana menyerang Ukraine tetapi pada masa sama tiada usaha untuk menghalang penyertaan negara Israel, yang sedang meneruskan genosid yang sangat dahsyat di Palestin”.
“Dunia, di bawah penguasaan Barat, sedang dilanda satu arus pembinaan ideologi yang bahaya kepada umat Islam khususnya, bahkan utk semua manusia amnya”, tegas beliau.
Tambah beliau lagi, Malaysia sebagai negara yang majoriti penduduk Islam dengan Islam sebagai agama negara, serta pelbagai kaum lain yang mempunyai adab budaya ketimuran, seharusnya memandang serius masalah ini serta mengenal pasti pihak2 yang berusaha memperjuangkan ideologi tersebut di tanahair kita.
Beliau berharap usaha tersebut dapat menghalang kemusnahan sistem hidup manusia serta menjamin Malaysia kekal maju dan berdaulat.