Wakafkan Tanah Musang King Raub Bagi Hindari Penceroboh

penceroboh hutan Raub

BANGI – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim menyelar pihak yang mengkategorikan penceroboh hutan di Raub sebagai peneroka tanpa lesen kerana gelaran itu salah sama sekali. Ia seakan-akan ingin membenarkan bahkan mengesahkan tindakan pencerobohan walhal mereka layak digelar sebagai penceroboh hutan Raub. Penanaman durian Musang King langsung tidak mengaburi mata ramai pihak mengenai inilah sebenarnya tindakan jahat mereka itu.

Beliau pada masa yang sama juga mengucapkan tahniah kepada Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan negeri Pahang.

Mahkamah turut mengarahkan pemohon membayar RM100,000 kepada setiap responden dalam kes berkenaan. Keputusan mahkamah ini adalah tepat memandangkan kerajaan negeri Pahang sendiri pun sudah mengeluarkan notis arahan pengosongan tanah. Hal ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka adalah penceroboh di tanah milik kerajaan negeri Pahang.

Selain itu, beliau menegaskan kerajaan negeri Pahang perlu mengambil tindakan segera untuk mewakafkan tanah di Raub dengan menjadikannya sebagai tanah wakaf kerajaan. Cadangan ini sepatutnya dilaksanakan bagi memastikan tanah milik kerajaan negeri ini dipelihara sebaiknya dari tangan-tangan yang rakus.

“Kerajaan negeri Pahang boleh mengambil tindakan awal dengan memanggil semua pakar syariah dan mendengar nasihat mereka dalam soal ingin mewakafkan tanah milik kerajaan negeri ini. Cadangan ini boleh digerakkan jika kerajaan negeri ada “political will” untuk melaksanakannya”.

“Cadangan ini jika dibuat mampu menjadikan kerajaan negeri Pahang sebagai kerajaan negeri pertama yang melaksanakannya di Malaysia dan pasti ia mampu menjadi penanda aras kepada kerajaan negeri lain untuk mengikuti langkah yang sama”, tegas beliau.

Sementara itu, beliau mengingatkan semua pihak bahawa isu tanah amat penting kerana ia melambangkan kuasa bagi pemiliknya. Jika hilang tanah, maka hilang kuasanya.

Sebelum ini juga BERJASA pernah menyeru kepada kerajaan agar tidak menggadaikan tanah milik orang Melayu yang masih berbaki kepada pihak asing. Hal ini demikian kerana tanah adalah satu aset strategik kepada sesebuah negara terutamanya tanah yang terletak di lokasi strategik. Adalah satu kerugian jika tanah tersebut ‘digadaikan’ begitu sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
DAP

Adakah DAP Sudah Berputus Asa Dengan Pengundi Melayu?

Next Post
sumber nadir bumi

Sumber Nadir Bumi: Malaysia Berpotensi Jadi kuasa Besar Dunia

Related Posts