UEC ke IPTA: BERJASA menggesa kerajaan tarik balik pengiktirafan UEC yang bercanggah Dasar Pendidikan Kebangsaan – Ir Khoushaini, Naib Presiden BERJASA

uec ke ipta
uec ke ipta

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Naib Presiden Parti BERJASA Malaysia, Ir. Ts. Hj. Mohd Khoushaini Hj. Mohd Naim menggesa kerajaan menarik balik pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai kelayakan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerana didakwa bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Menurut beliau, isu pengiktirafan UEC bukan sekadar melibatkan kelayakan akademik, sebaliknya menyentuh soal asas pembinaan negara serta kedaulatan sistem pendidikan nasional.

Katanya, UEC didakwa berasaskan silibus luar dan tidak selaras sistem pendidikan kebangsaan.

Pengiktirafan terhadap UEC akan memberi mesej bahawa negara bersedia mengiktiraf sistem pendidikan yang tidak selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya.

Dakwa tidak selaras Akta Pendidikan

Khoushaini berkata, Kementerian Pendidikan sebelum ini pernah menegaskan bahawa UEC tidak selaras dengan kehendak Akta Pendidikan 1996 kerana tidak memenuhi standard mata pelajaran asas kenegaraan seperti Bahasa Melayu dan Sejarah.

Beliau menegaskan Bahasa Melayu bukan sekadar medium komunikasi, tetapi asas perpaduan nasional dan identiti negara.

Jika standard Bahasa Melayu dan kefahaman sejarah negara direndahkan, maka asas kenegaraan itu sendiri akan terhakis sedikit demi sedikit,” katanya.

Isu kedaulatan negara

Mengulas lanjut, beliau berpandangan isu UEC perlu dilihat sebagai isu kedaulatan negara dan bukannya semata-mata isu pendidikan.

Menurutnya, kerajaan perlu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan kepentingan nasional dalam membuat keputusan berkaitan UEC, bukannya tunduk kepada tekanan politik atau tuntutan pihak tertentu termasuk Dong Zong.

Beliau turut mendakwa isu pengiktirafan UEC sering dijadikan agenda politik oleh parti tertentu termasuk DAP dan MCA untuk meraih sokongan masyarakat Cina.

Pendidikan negara tidak boleh dipolitikkan sehingga menggadaikan identiti dan asas negara,” katanya.

Bimbang jurang perpaduan semakin melebar

Dalam pada itu, Khoushaini berkata pengiktirafan UEC berisiko memperbesarkan jurang antara kaum kerana wujudnya sistem pendidikan yang semakin terpisah daripada arus perdana negara.

Katanya, keadaan itu boleh memberi kesan terhadap usaha membina identiti bersama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau turut berkata ramai masyarakat Cina berjaya melalui sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi sebahagian penting dalam pembangunan negara.

Maka memperkukuh sistem sedia ada jauh lebih baik daripada mengiktiraf sistem yang bergerak di luar dasar nasional,” katanya.

Tegas pertahan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Sehubungan itu, beliau menegaskan negara yang kuat dan berdaulat perlu mempunyai satu dasar pendidikan nasional yang dihormati semua pihak.

Katanya, Malaysia tidak boleh terlalu berkompromi sehingga asas bahasa, sejarah dan identiti kebangsaan dipinggirkan.

Pengiktirafan UEC bukan jalan penyelesaian, sebaliknya boleh menjadi titik permulaan kepada penghakisan Dasar Pendidikan Kebangsaan,” katanya lagi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
WORLD BANK

World Bank warns of weak frontier firms; Calls for innovation-driven reforms & accountable plan to end Malaysia’s low-wage trap – Afif Badhrulhisham, Vice President of BERJASA

Related Posts