Tiada Keperluan Untuk Adakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan – Ketua Penerangan BERJASA

Hamdan Shariff Ketua Penerangan Parti

Di dalam kabinet kerajaan yang dibentuk baru-baru ini, portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah disandang oleh David Nga Kor Ming daripada parti DAP.

Kenaikan beliau sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terus menimbulkan ura-ura berkenaan usaha untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan. Pilihan raya kerajaan tempatan bakal membolehkan penduduk sesuatu kawasan mengundi calon Datuk Bandar, serta ahli-ahli tertinggi Dewan Bandaraya atau Majlis Perbandaran mahupun Majlis Daerah.

Jika kita imbas kembali sewaktu DAP menjadi salah satu parti komponen di dalam kerajaan pada 2018, DAP pernah mendesak untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dengan menjadikan Shah Alam sebagai uji kaji kepada perancangan ini.

BERJASA berpendapat pilihan raya kerajaan tempatan yang kali terakhir diadakan sekitar 1964 telah dihentikan atas kekhuatiran ada kebarangkalian ia akan menyemarakkan ketegangan kaum, khususnya tanggapan bahawa sesetengah bandar atau kawasan didominasi kaum tertentu.

Bukan itu sahaja malahan tiada keperluan langsung pun untuk adakan pilihan raya ini kerana ia memakan kos yang tinggi. Seeloknya kerajaan memfokuskan kepada pemulihan ekonomi negara dan rakyat dengan memanfaatkan kewangan negara dengan sebaiknya.

BERJASA bersetuju dengan saranan Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching yang berpendapat perancangan untuk mengadakan pilihan raya ini memerlukan kajian yang lanjut. Seperti yang ditegaskan oleh BERJASA, ini perlu mengambil faktor perundangan, praktikaliti dan implikasi kewangan itu sendiri.

Hamdan Shariff
Ketua Penerangan BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Terus Kukuhkan Aset Pertahanan Negara – Ir Lukman

Next Post
Presiden Berjasa Zamani Ibrahim

Kabinet Rapuh dan Tidak Beritegriti – Presiden BERJASA

Related Posts