Sekadar Mengecam Tanpa Tindakan – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Bangi – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sekadar kelihatan ‘double standard’ sekadar mengecam tindakan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang membangkitkan ucapan perkauman dan pertikaian agama di media sosial baru-baru ini adalah tidak adil dan dibimbangi akan terus membuka ruang provokasi perkauman pada masa akan datang.

Setiap kali melakukan tindakan yang salah, akan reda hanya dengan permohonan maaf.

Sebelum ini atlet hoki negara digantung daripada mewakili mana-mana kejohanan mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Malaysia (MSN) meminta agar Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak mempertimbangkan Hanis Nadiah Onn dari mewakili pasukan hoki kebangsaan ke mana-mana tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan Sea Kemboja 2023.

Keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan bersama MHC bermesyuarat kelmarin (Selasa) berhubung isu membabitkan ciapan komen Hanis, pemain hoki wanita negara di laman sesawang Instagram Kosmo Online yang didakwa berbaur perkauman berkenaan konsert artis dan composer dari India, AR Rahman 28 Januari lalu.

Jadi kita mengharapkan perkara yang sama perlu dilaksanakan untuk memastikan tindakan tegas diambil lebih-lebih lagi kenyataan dibuat bukan sekadar berbaur perkauman, bahkan menghina secara terang-terangan Melayu dan Islam.

Bong Guan Yik dilihat keterlaluan, beliau perlu dipanggil, memberikan penjelasan bagi merealisasikan hasrat Yang Berhormat Menteri yang akan meletakkan kedudakan sukan sebagai badan bebas daripada sentimen agama dan kaum.

Sebegai seorang menteri kerajaan Malaysia, Yang Berhormat perlu memupuk rasa hormat terhadap kedudukan Melayu Islam dalam memimpin sesebuah agensi kerajaan dan kita tidak mahu insiden yang sama berulang kembali, justeru tindakan susulan perlu adil dan bijaksana.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Timbalan Ketua Wanita BERJASA, Siti Umi Kalsom

Wanita BERJASA Komited Basmi Isu Keciciran Murid Dalam Pendidikan – Siti Umi Kalsom

Next Post
Naib Presiden BERJASA Afif Badhrulhisham

Beri Dorongan dan Galakan, Bukan Menghasut – Afif Badhrulhisham

Related Posts