Rusuhan Bangladesh: Pelajar Malaysia Dakwa Wisma Putra Lambat Bertindak

rusuhan bangladesh

KUALA LUMPUR – Rusuhan yang berlaku di Bangladesh sekarang sudah mencatatkan peningkatan jumlah korban yang banyak dan meningkat kepada 114 yang maut. Rusuhan yang digerakkan oleh kumpulan mahasiswa Bangladesh ini dibuat bagi membantah polisi kerajaan yang menetapkan 30 peratus kuota untuk penyokong kerajaan kerana khuatir akan berlakunya korupsi yang membarah.

Dalam laporan terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di sana, mereka mendakwa pihak kedutaan Malaysia di Bangladesh lewat bertindak untuk menyelamatkan mereka di sana. Hal ini selepas mereka cuba menghubungi pihak kedutaan namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Dalam ciapan akaun @akmalazizan8 di laman sosial X, seramai 20 orang pelajar perempuan dari Dhaka Dental College dikatakan masih berada di hostel masing-masing sedangkan notis daripada pelajar tempatan di sana meminta mereka untuk mengosongkan hostel setelah ada laporan pihak polis Bangladesh akan menyerbu hostel mereka.

“Pada pukul 7 pagi, mereka menghubungi wakil pelajar kami dan maklumkan kepada kami untuk datang ke kedutaan dengan membawa semua dokumen penting, passport dan beberapa persalinan. Semua pelajar Malaysia yang berjumlah 20 orang telah bergegas ke kedutaan untuk menunggu dan meminta jalan penyelesaian akan apa yang terjadi sekarang”.

“Namun, setelah mereka (pihak keduataan) berbincang mereka hanya mencadangkan kami untuk pulang ke Malaysia sendiri tanpa memberi pilihan lain atas alasan kekurangan bajet”, jelas pelajar Malaysia itu di laman sosial X.

Selain itu, pihak kedutaan juga meminta mereka untuk mencari “homestay” sebagai penginapan dengan menggunakan kos sendiri atas alasan pengajian mereka di sini ditanggung oleh ibu bapa.

Setelah tularnya kandungan ini di laman sosial X, Wisma Putra dihujani kritikan atas dakwaan perlahan dalam bertindak melindungi pelajar Malaysia di Bangladesh, di tengah tindakan ganas pihak berkuasa terhadap demonstrasi di ibu negara itu.

Ia selepas Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dilihat memindahkan pelajar ke tempat selamat hanya selepas ia dibangkitkan di media sosial.

Pada Khamis lalu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan pelajar Malaysia telah dipindahkan ke Suruhanjaya Tinggi untuk keselamatan dan menunggu arahan lanjut.

Bagaimanapun Suruhanjaya Tinggi seperti tidak menempatkan pelajar di sana.

Keputusan Wisma Putra mengaktifkan bilik operasi hanya mulai hari ini memburukkan lagi spekulasi berkenaan kelambatan mereka bertindak.

Jurucakap Wisma Putra membangkitkan kenyataan yang dikeluarkan semalam apabila ditanya mengapa pelajar Malaysia tidak ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi apabila mereka dibawa ke sana pada Khamis lalu.

Nepal, Bhutan dan India telah mula membawa keluar pelajar mereka dari Bangladesh beberapa hari lalu.

Ketika perang Russia-Ukraine tercetus pada 2022, Wisma Putra turut dikritik atas kelemahan dalam bertindak mengeluarkan warga Malaysia daripada Kyiv.

SUMBER – Malaysia Kini

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pusat data

Pembangunan Pusat Data Di Johor: Bawa Manfaat Untuk Malaysia Atau Singapura?

Next Post
kos sara hidup

Tinjauan Mendapati Kerajaan Gagal Tangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Related Posts