Platform Media Sosial Meta Cuba Bermain Api Dengan Malaysia Yang Bersolidariti Terhadap palestin

KUALA LUMPUR – Platform media sosial iaitu Meta Platfroms Inc dilihat cuba bermain api dengan Malaysia apabila bertindak menurunkan satu posting daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan solidariti terhadap kematian Ismail Haniyeh. Paltform media sosial yang singkatnya dikenali sebagai Meta dilihat begitu galak memadam mana-mana posting yang melibatkan Palestin dan pemadaman kandungan daripada Anwar Ibrahim ini bukanlah kali yang pertama.

Susulan daripada tindakan biadab Meta tersebut, Perdana Menteri mengingatkan Meta agar tidak bertindak bacul dan menjadi ‘penjilat’ kepada Zionis.

“Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh.

“Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya.

“Peringatan tegas saya terhadap Meta; usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel!” tulisnya.

Sebelum ini juga, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengecam tindakan Meta menurunkan hantaran foto di Instagram yang memaparkan perjumpaan Anwar dengan pemimpin Hamas itu di Doha, Qatar, pada Mei lalu.

Hal ini jelas menampakkan sikap hipokrasi dunia Barat dan syarikat media antarabangsa dalam menentukan corak dan naratif kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh mereka.

Terdahulu, pemimpin tertinggi Hamas Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh dalam satu tragedi pembunuhan terancang yang berlaku di Iran.

Amerika Syarikat dengan pantas menafikan keterlibatan mereka dan kini mata warga dunia tertumpu kepada rejim Zionis yang berkemungkinan besar melakukan insiden terkutuk itu.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Warga Asing Makin ‘Bermaharajalela’ Di Cameron Highlands

Next Post

Tragedi Pembunuhan Ismail Haniyeh Meningkatkan Lagi Keraguan Risiko Pemilikan BlackRock Terhadap Aset Strategik Negara

Related Posts