KUALA LUMPUR – Isu garis panduan perlaksanaan aktiviti Minggu Solidariti Palestin yg dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sekolah-sekolah sebagai satu garis panduan yg agak bercelaru serta boleh menyebabkan generasi muda kita tidak dididik untuk memahami isu pokok sesuatu masalah serta memahami bagaimana untuk memiliki pendirian yang tegas terhadap kebenaran serta tidak tunduk kepada tekanan.
Perkara-perkara begini adalah sebahagian daripada pendidikan yang perlu kita terapkn kepada pelajar agar menjadi pemimpin masa depan yang teguh pendirian, yakin serta dapat menilai kebenaran.
Ketua Wanita BERJASA, Dr. Fadhilah berkata larangan sebegini tidak sepatutnya dikenakan kerana ia seakan menampakkan kerajaan negara ini mudah tunduk pada tekanan sedangkan objektif program solidariti ini dilaksanakan adalah untuk melihat keteguhan anak-anak muda kita khususnya murid memperjuangkan isu akidah dan kemanusiaan dengan berani.
“Saya nampk bercelarunya do’s and dont’s garis panduan itu kerana asas garis panduan itu yang tidak jelas serta memang tidak mahu menampakkan bahawa dalam isu Palestin, penjajah yahudi yang merampas tanah mereak, membunuh serta memenjarakan or mrk, merosakkan harta benda mrk, garis panduan tersebut tidak mahu penjajah itu dipersalahkan”.
“Bahkan garis panduan tersebut boleh membawa kefahaman bahawa tujuan garis panduan minggu solidariti itu seperti membawa maksud agar murid difahamkan serta bersimpati dengan agenda pihak penjajah di tanah Palestin”.
“Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang teras perlembagaannya meletakkan kedudukan Islam dan Melayu di tmpt yg istimewa.
Isu Palestin, selain dari isu kemanusiaan , ia adalah isu pertembungan agama dan merupakan satu perkara yang sensitif untuk umat Islam di negara ini”, tegas beliau.
Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat yang bukan Islam di Malaysia juga diraikan untuk bersama-sama dalam memperjuangkan isu di Palestin lebih-lebih lagi dalam soal kemanusiaan. Hal ini dapat dilihat melalui gerakan yang dibangkitkan oleh aktivis kemanusiaan di Eropah yang menentang sekeras-kerasnya kekerasan yang dilakukan oleh pihak Zionis di Palestin.