Perluas Kempen ‘Buy Palestinian First’ #BPF

SEPANG – Cadangan agar kempen ‘Utamakan Produk Sokong Palestin’ atau ‘Buy Palestinian First’ dengan tanda pagar #BPF wajar diperluas. Kempen #BPF adalah bagi menyatakan sokongan dan menyemarakkan naratif kemenangan perjuangan Palestin dalam membebaskan tanah air.

Demikian saranan Yudi Kurniawan Budi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri BERJASA Selangor yang turut menyarankan penggunaan tanda pagar kempen #BPF dan diperluaskan di seluruh negara. Menurut beliau, tanda pagar #BPF adalah antara lain bertujuan bagi menzahirkan sokongan kepada pengakhiran penjajahan di bumi Palestin.

“Kita mahu melihat bahawa Palestin tidak keseorangan dalam perjuangan pembebasan ini, bahkan seluruh dunia bersama mereka”.

“Kempen ini menterjemahkan perjuangan kita bersama Palestin, bahawa kita juga berada di dalam medan sebagaimana rakyat Palestin hari ini”, ujar beliau.

Hari ini genap sebulan sebulan perang di antara pejuang pembebasan Palestin dengan tentera Zionis yang menyaksikan satu fasa baharu dalam kebangkitan Palestin menuju kemenangan pejuangan pembebasan tanah air mereka.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

100 Doktor Israel Desak Bom Semua Hospital Gaza

Next Post

Prestasi Ringgit Tidak Menjejaskan Prospek Pertumbuhan Ekonomi Malaysia – PMX

Related Posts