Kerajaan Gagal selesaikan Masalah Harga Rumah

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim

Kajang – Kerajaan dilihat gagal dan ‘miskin’ idea untuk menyelesaikan masalah harga rumah yang melambung tinggi dan mahal sehingga tidak mampu dimiliki oleh rakyat.

Ditambah pula dengan pendapatan isi rumah yang kecil, ia dilihat tidak seiring dengan harga rumah yang semakin meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada hari semalam melalui ucapannya turut mengakui kerajaannya gagal menguruskan isu ini dan sasaran Rumah Mampu Milik yang diumumkan sebelum ini masih belum tercapai.

Naib Presiden BERJASA, Ir Lukman Al-Hakim melihat kerajaan sememangnya tiada idea yang baharu untuk mengatasi permasalahan ini. Mereka sibuk mencanang pelbagai idea untuk memastikan rakyat mampu memiliki rumah namun langsung tiada tindakan ataupun kemajuan daripada pihak kerajaan.

“Dahulunya kita ada Projek Rumah 1 Malaysia (PR1MA) yang dilihat begitu memberi manfaat yang baik kepada rakyat untuk memiliki rumah. Walaupun kerajaan sebelum ini dihimpit pelbagai isu ketirisan berkaitan perlaksanaan projek PR1MA namun semua mengiktiraf dan memuji idea ini bagi membantu golongan kurang berpendapatan bagi memiliki rumah sendiri.”

“Sayangnya kerajaan sekarang hanya bijak mencanang itu projek hasil daripada rasuah namun apabila diberikan peluang untuk mengatasinya, mereka kaku dan tiada idea. Mereka masih membawa mentaliti pembangkang walaupun sudah menjadi kerajaan”, jelas beliau kepada Gelombang BERJASA.

Tegas beliau, sebenarnya banyak lagi isu melibatkan perumahan yang perlu difokuskan lagi oleh kerajaan iaitu kualiti pembinaan yang rendah, isu projek perumahan terbengkalai, masalah setinggan, kesukaran mendapatkan tanah bagi pembinaan kawasan perumahan serta banyak lagi.

Kajian pada tahun 2022 menunjukkan lebih 50% warga negara Malaysia tidak mampu dan tidak memiliki rumah sendiri dan statistik ini amat membimbangkan kerana dikhuatiri rumah yang tidak terjual di Malaysia ini hanya mampu dimiliki oleh warga asing daripada luar seperti China dan Singapura.

Kerajaan juga seakan tidak berupaya dan lemah dalam menjaga kebajikan rakyat melibatkan perumahan sehingga syarikat konglomerat perumahan terus membina rumah-rumah mewah sehingga berlaku lambakan dan turut dijual kepada bukan warganegara.

Bagi syarikat konglomerat, mereka tiada masalah jika rakyat tempatan tidak mampu membeli rumah yang dibina oleh mereka kerana mereka memiliki segmen pasaran daripada luar yang ingin membelinya iaitu warga asing yang kaya. Maka di sini jelas merupakan kelemahan kerajaan yang tidak mengenakan dasar perlindungan kepada hak rakyat tempatan dari segi kebajikan.

Tambah beliau, isu harga bahan asas pembinaan juga harus dilihat dengan teliti supaya isu harga rumah yang tinggi dapat diatasi secara holistik.

Beliau mempersoalkan adakah insentif Simen Rahmah ini benar-benar menyelesaikan kenaikan harga rumah atau sekadar gimik kosong sahaja.

Untuk tambahan, harga rumah bermula tahun 2000 hingga 2010 mencatatkan peningkatan harga sehingga 133 peratus dan makin meningkat sehingga ke tahun 2023.

Jumlah projek perumahan swasta lewat, sakit & terbengkalai diramal naik, kesan pelaksanaan PKP sehingga menyebabkan aktiviti pembinaan tergendala, menurut Kementerian Perumahan & K’jaan Tempatan.

Terdapat 110 projek lewat, 435 projek sakit & 112 projek terbengkalai setakat 31 Mac.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pencen RM2 Billion: Wajib Berbaloi Setara Komitmen

Next Post

Jom Sertai Korban BERJASA

Related Posts