Israel Bom Hospital Kanak-Kanak di Semenanjung Gaza

GAZA – Pesawat Israel mengebom persekitaran Hospital Al-Shifa dan Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di Semenanjung Gaza pada awal Khamis.

Hospital Al-Shifa yang menempatkan ribuan pesakit dan penduduk yang mencari perlindungan di situ, menjadi sasaran peluru berpandu yang dilepaskan berselang-seli oleh pesawat Israel, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Palestin, WAFA.

Penggunaan serentak suar pencahayaan semasa serangan menyebabkan kawasan persekitaran hospital mengalami kemusnahan, katanya.

Serangan udara berhampiran Hospital Kanak-kanak Al-Nasr di barat bandar itu, mengorbankan tiga rakyat Palestin dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Sumber: Bernama.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PMX Sampaikan Hasrat Kepada China supaya Konflik Palestin-Israel Diselesaikan Segera

Next Post

Rakyat Sabah Perlukan Keprihatinan dan Bantuan Kita

Related Posts