Ejen Perumahan Program Malaysia My Second Home Hina Orang Melayu Malas

malaysia my second home program

Seorang lelaki yang didapati sebagai ejen perumahan untuk program Malaysia My Second Home di dalam sebuah video telah membuat kenyataan mengapa beliau tidak mengambil pekerja berbangsa Melayu untuk menjalankan operasi perniagaannya di Malaysia.

Video yang telah tular di laman media sosial itu menonjolkan sisi negatif beliau yang menghina bangsa Melayu di Malaysia sebagai pemalas.

Antara sebab yang dinyatakan oleh beliau mengapa perniagaannya tidak mahu mengambil pekerja berbangsa Melayu adalah kerana mereka ini gemar mengambil cuti dengan memberikan alasan yang tidak masuk akal.

Kedua, beliau menyatakan pekerja Melayu tidak akan memberikan hasil kerja yang terbaik untuk syarikat walaupun mereka mematuhi arahan majikan mereka.

Ketiga, beliau mendakwa pekerja Melayu tidak gemar bekerja lebih masa sedangkan realitinya ramai sahaja pekerja Melayu sanggup untuk bekerja lebih masa bagi mendapatkan elaun tambahan.

Keempat, pekerja Melayu didakwa amat buruk dalam menguruskan kewangan kerana boros berbelanja sehingga sanggup meminta bayaran awal untuk menampung kekurangan duit yang diperoleh oleh mereka.

Kemudian, beliau menyentuh hal sensitiviti orang Islam dengan mengatakan pekerja Melayu akan ‘hilang’ ketika menunaikan solat Jumaat pada waktu tengah hari.

Segala tuduhan yang dilontarkan oleh beliau itu berniat jahat dan langsung tidak tepat bagi menggambarkan pekerja berbangsa Melayu di Malaysia.

Program Malaysia My Second Home Hanya Untungkan Golongan Kiasu

Hasil semakan terhadap penularan video tersebut, hal ini mendapati bahawa video itu mula ditularkan di laman media sosial XiaoHongShu yang digunakan oleh warga China.

Akaun beliau dengan menggunakan nama Spencer banyak memuatkan video promosi mengenai program Malaysia My Second Home untuk warga China datang ke Malaysia.

Ada pihak yang mendakwa beliau adalah seorang berwarganegara Malaysia yang pernah menetap di China berdasarkan loghatnya ketika bercakap dalam bahasa Mandarin.

Jika benar beliau adalah berwarganegara tempatan, maka jelas beliau adalah seorang pengkhianat dan sengaja ingin mencetuskan sentimen perkauman.

Bukan itu sahaja malahan beliau juga memberikan tanggapan yang tidak baik bahawa orang Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu dengan imej yang negatif kepada orang China.

Adakah ini yang menjadi punca mengapa warganegara China yang datang tinggal di Malaysia bersikap kurang ajar terhadap orang tempatan kerana menganggap mereka ini sebagai masyarakat “low class“?

Rata-rata komen netizen menyatakan rasa tidak setuju dengan kenyataan beliau itu kerana ia jelas menggambarkan perkara tidak benar terhadap orang Malaysia.

Netizen yang berbangsa Cina Malaysia menempelak video tersebut dengan mengatakan budaya kerja sedemikian hanya sesuai untuk pekerja daripada China yang amat gilakan keuntungan.

Berbeza dengan pekerja Malaysia tidak kira mana-mana kaum sekalipun, budaya kerja di Malaysia amat mementingkan “work life balance” dan memberi amaran agar budaka kerja di China tidak dibawa ke sini.

Kerajaan diharapkan dapat memeriksa kembali program Malaysia My Second Home agar melantik ejen yang tidak bersikap perkauman dan hanya ingin mencari keuntungan daripada golongan kiasu di Tanah Besar sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
projek hsr kl-singapura

Berjaya Group Yang Dimiliki Vincent Tan Bida Projek HSR KL-Singapura Melalui Konsortiumnya

Next Post
minyak masak paket subsidi

Kerajaan Masih Belum Ada Solusi Untuk Pembelian Minyak Masak Paket Subsidi

Related Posts