Besarnya Peranan Wanita Dalam Membangun Generasi Harapan

KUANTAN – Sekitar 60 orang wanita daripada sekitar Kuantan telah bersama-sama menyertai Wacana Wanita BERJASA yang diadakan pada 22 November di bilik seminar BCIC Lodge Kuantan. Turut sama ahli daripada beberapa Usrah Khadijah (UK) sekitar Kuantan iaitu UK Bukit Rangin Aman, UK Indera Mahkota dan UKPermatang Badak.

Wacana yang bertemakan Wanita dan Palestin : Membangun Generasi Harapan mengupas peranan besar wanita dalam mempersiapkan generasi yang akan memimpin dunia dan menegakkan Islam.

Mengambil ibrah daripada para ibu di Palestin, Dr Rashidah Abd Rahman, panel pertama selaku pengurus Kelas Al-Quran Surau PAKR Bukit Rangin Aman berkata para ibu perlu mendidik diri dan anak-anak supaya akrab dan berdamping dengan Al Quran kerana itulah resepi kejayaan pembinaan jati diri yang jitu.

Datin Noorzaimen A. Kadir, Timbalan Ketua Wanita 1 BERJASA Malaysia pula mengingatkan bagaimana wanita di Palestin berjaya mendidik generasi yang menyayangi watannya. Mereka mengenal identiti dan jati diri mereka yang sebenar dan taguh mempertahankannya. Mereka mengenali musuh dan berwaspada dengan tipu daya mereka.

Di akhir wacana, moderator Ustazah Salwana Abdul Razak selaku Ketua Wanita BERJASA Bahagian Indera Mahkota berkongsi usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menyumbang kepada pembebasan Palestin sepenuhnya.

Para peserta telah menandatangani petisyen Pembebasan Palestin GSPP sebagai menunjukkan solidariti bersama perjuangan ini.

Wacana juga telah diceriakan dengan cabutan bertuah buat para peserta. Reruai Aman Palestin turut memeriahkan suasana dengan pameran Palestin serta jualan amal.

Diharapkan agar kita semua akan terus teguh di dalam perjuangan pembebasan Palestin dan mengambil iktibar serta inspirasi daripada mereka dalam membangun generasi harapan yang akan mencorak Malaysia yang unggul dan bermaruah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Islamic Countries Must Mobilise Support, Capabilities For Palestine

Next Post

Kerajaan Bacul dan lemah, sanggup tunduk pada taikun vape

Related Posts