BERJASA Larut Puji Langkah KPM Sedia Lokar Kepada Murid – Zulkifli Yahya

Cikgu Zulkifli Yahya BERJASA

Bangi – Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangani isu beg berat sekaligus mengatasi masalah sakit pinggang dan bahu murid disambut baik oleh ramai pihak.

Sebelum ini, KPM memaklumkan tujuh pendekatan menangani isu beg sekolah berat antaranya penyediaan kemudahan lokar di sekolah rendah.

KPM akan memperuntukkan RM37.3 juta untuk penyediaan lokar yang memanfaatkan 323,186 murid sekolah rendah daripada 10,662 kelas di seluruh negara.

Selain itu, KPM turut menggariskan ketetapan dari aspek bilangan buku latihan; penggunaan buku aktiviti dan buku kerja; pengenalan buku teks digital; pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP); serta kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dilaporkan berkata, langkah itu diambil berdasarkan penelitian ke atas maklum balas diperoleh yang mendapati isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya pada Tahap 1 membabitkan Tahun 1, 2 dan 3.

Meskipun menyambut baik langkah berkenaan, Yang Di-Pertua (YDP) BERJASA Bahagian Larut, Zulkifli Yahya berpendapat, ada beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikan dengan kadar segera.

“Pertama sekali tentang sistem persekolahan kita. Perlu menjadikan bilik darjah itu tempat selamat untuk murid belajar dan menyimpan barang-barang.

“Oleh itu, tindakan kerajaan untuk menyediakan satu lokar bagi murid secara berperingkat itu satu tindakan yang baik,” katanya menerusi video berdurasi 58 saat yang dimuatnaik di akaun Facebook BERJASA.

Sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kanan Pendidikan kerana mengambil berat mengenai isu beg sekolah berat, beliau mengesyorkan agar bentuk pengajaran guru difikirkan semula.

Katanya, guru perlu fokus kepada mencapai objektif pelajaran ketika Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kelas supaya pelajar tidak dibebani dengan latihan yang banyak.

“Kalau guru kena memaksimumkan penggunaan waktu 40 minit ataupun dua waktu dalam pengajarannya, itu supaya murid-murid dapat melaksanakan semua gerak kerja itu dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kita lihat tidak perlu banyak-banyak latihan,” sarannya.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Presiden BERJASA Zamani Ibrahim

Rasa Diri Kuat, UMNO Dilanda Penyakit Angkuh Dan Sombong – Zamani Ibrahim

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Banjir Kilat: Apakah Tindakan Kerajaan? – Ir Ts Lukman Al Hakim

Related Posts