REMBAU – Pada tahun 2024 Negara kita berjaya mengutip 184.8 bilion cukai berbanding tahun sebelumnya, iaitu sebanyak RM183.3 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kutipan hasil negara sebanyak RM1.465 bilion itu menyaksikan kecekapan Lembaga Hasil Cukai Negara (LHDN) dalam urusan ini.
Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata,”Saya ingin melontarkan pandangan secara akademik, sebenarnya cukai lembaga hasil dalam negeri menunjukkan trend semakin naik atas faktor setiap syarikat akan memikirkan bagaimana ingin menggandakan keuntungan bagi syarikat mereka setiap tahun”.
“Sebelum ini, keuntungan syarikat berjumlah 1 juta, mereka akan fikirkan strategi apa yang akan digunakan untuk mendapatkan 2 juta keuntungan pada tahun akan datang. Ini perkara biasa. Apabila kutipan hasil meningkat dari 1 juta kepada 2 juta, maka secara automatik bayaran cukai akan bertambah dan meningkat” katanya.
Menurutnya lagi, ” Pada tahun 2020, negara berjaya memperoleh kutipan cukai sebanyak 124 bilion, tahun 2021 sebanyak 144 bilion, tahun 2022 sebanyak 175 bilion. Suatu lonjakan besar peningkatan sehingga 31 bilion, pada tahun 2023 sebanyak 183.3 bilion dan pada tahun 2024 sebanyak 184.8 bilion. Jika kita lihat tahun sebelumnya lonjakan cukai hanya 1.5 bilion. Tetapi cuba kita bandingkan lonjakan kutipan cukai yang berlaku pada zaman Perdana Menteri ke-9 iaitu sebanyak 31 bilion. Berbanding semasa zaman Perdana Menteri ke-10 hanya 1.5 bilion sahaja”.
Kenaikan kutipan cukai berlaku setiap tahun itu sebenarnya normal, mereka yang membayar cukai akan berfikir bagaimana untuk tambah keuntungan syarikat. Sifirnya mudah, bila untung naik, cukai naik. Tetapi kita lihat mengapa zaman Perdana Menteri ke-9 boleh mengutip cukai dengan lonjakan yang begitu banyak sehingga mencapai 31 bilion. Namun, mengapa semasa Perdana Menteri ke-10 kutipan cukai hanya 1.5 bilion sahaja.
Ustaz Zamani melontarkan persoalan, adakah kerana faktor pembayar cukai atau pelabur asing ramai yang keluar atau lari dari negara kita? Menurutnya lagi, “Bacaan saya selama 20 minggu berturut-turut mencatatkan trend pelabur asing keluar daripada negara kita. Ini akan memberi kesan kepada kutipan cukai pada tahun 2025 nanti. Janganlah kita hanya bergembira bermain dengan angka, lihatlah isu ini dari sudut pandangan akademik juga”.