Bandar Terbaik Warga Asing: Kerugian Kepada Rakyat Tempatan?

warga asing

KUALA LUMPUR – Dua bandar di Malaysia iaitu Penang dan Kuala Lumpur telah dinamakan antara 10 bandar terbaik di Asia untuk warga asing atau espatriat pada tahun 2024. Dalam kajian Preply ini, Penang telah menduduki tempat ke-4 manakala Kuala Lumpur berada di tempat ke-6.

Beberapa penilaian telah dibuat oleh kajian tersebut iaitu ia mengambil kira perkara penting termasuk kos sara hidup bulanan, tahap keselamatan bandar, dan purata tempoh masa untuk mempelajari bahasa tempatan dengan lancar.

Penang memperoleh skor 6.72, dengan kajian itu menyebut bahawa kos sara hidup bulanan di bandar ini rata-rata adalah USD691 atau kira-kira RM3,236.

Bandar ini dikenali kerana keseimbangan antara kos hidup yang rendah dan kualiti hidup yang tinggi, menjadikannya pilihan menarik bagi warga asing.

Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, mendapat tempat ke-6 dengan skor 6.23.

Bandar metropolitan ini terkenal dengan kemudahan moden, peluang pekerjaan yang banyak, serta ketersediaan pelbagai kemudahan untuk ekspatriat.

Melihat kepada dapatan kajian ini, ia sepatutnya mendatang satu kerisauan kerana manfaat yang diperoleh di bumi bertuah ini dilihat lebih banyak dinikmati oleh warga asing manakala warga tempatan iaitu rakyat Malaysia terpinggir dalam pelbagai sektor ekonomi misalnya.

Maka tidak hairan apabila harga rumah di Malaysia terutamanya di dua buah bandar tersebut makin meningkat dan sukar dimiliki oleh rakyat Malaysia. Hal ini tidak menafikan faktor-faktor lain seperti peningkatan kos bahan binaan dan upah buruh namun pemaju hartanah kebiasannya mengambil kesempatan dengan menaikkan harga rumah berkali ganda setelah melihat kawasan tersebut menjadi tumpuan warga asing yang kaya.

Bandar-bandar lain juga tidak mustahil menerima nasib sama yang akhirnya membebankan rakyat tempatan untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan sepatutnya melihat ‘pengiktirafan’ ini sebagai satu wake-up call untuk menyelesaikan isu pemilikan rumah ini agar dapat dinikmati secara maksimum juga oleh rakyat tempatan.

Tidak dinafikan wujudnya pembinaan rumah-rumah kos rendah sudah cukup memadai namun rakyat tempatan tidak kira apa pun statusnya wajar dan berhak mendapat peluang menduduki rumah yang lebih selesa. Adalah satu kerugian kepada rakyat tempatan bila mana warga asing lebih mendahului mereka dari isu yang paling asas yakni pemilikan rumah.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
inflasi

Inflasi Malaysia Catat Peningkatan 2.5 Peratus Pada 2023

Next Post
rawatan

10% Rakyat Malaysia Tidak Dapat Rawatan Atas Faktor Kewangan

Related Posts