Ancaman LGBT Di Malaysia Semakin Kuat & Berani

lgbt di malaysia

Ideologi LGBT di Malaysia semakin menampakkan belangnya apabila semakin berani menonjolkan kerja jahatnya di hadapan orang awam secara terang-terangan.

Hal ini merujuk kepada penganjuran Larian Pan Asia Antarabangsa 2024 yang dilihat cuba diambil kesempatan untuk mempromosikan dan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.

Penolong Setiausaha Agung Parti BERJASA, Ustazah Hajjah Kaslawati Kassim berpendapat tindakan mempromosi fahaman songsang ini jelas bertentangan dengan kehendak umum masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Beliau berpendapat semua pihak terutamanya golongan wanita dan ibu mesti berusaha untuk mendidik generasi mereka agar tidak terjebak dalam aktiviti yang merosakkan keturunan dan dimurkai oleh Allah SWT ini.

LGBT Adalah Ideologi Yang Keji Di Malaysia

Umat Islam secara sepakat telah menetapkan bahawa perbuatan liwat termasuk dosa besar yang diharamkan oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah As-Syuara ayat 165 dan ayat 166 yang bermaksud:

Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (yang suka melakukan hubungan jenis dengan lelaki) daripada kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan perempuan yang diciptakan oleh Tuhan untuk menjadi isteri-isteri kamu? Kamu (orang-orang yang bersalah) adalah kaum yang melampaui batas.

Seruan yang terkandung di dalam kitab Al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa melakukan perbuatan keji ini adalah perbuatan yang diharamkan Allah SWT dan sangat melampaui batas.

Justeru segala usaha yang menyokong gerakan ini di Malaysia wajib dibenteras dengan keras oleh semua pihak terutama pihak yang ada kuasa memerintah.

Beliau turut menyokong tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap pelaku yang sengaja membawa promosi LGBT secara terang-terangan dan berharap hukuman yang sewajarnya dikenakan kepada mereka sebagai pengajaran kepada semua pihak.

Sebelum ini juga Wanita BERJASA pernah menyuarakan berkali-kali bantahan terhadap permainan golongan LGBT ini yang cuba menyebarkan fahaman mereka secara agresif seperti di dalam perarakan Hari Wanita dan hiburan di Malaysia.

Alasan yang mereka berikan kononnya ia sebagai satu bentuk solidariti untuk golongan yang tertindas di negara ini.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
larry ellison

Adakah Larry Ellison, Pengasas Oracle Group Seorang Yang Pro-Zionis?

Next Post
lgbt

Isu Jam LGBT Swatch: Dulu Cakap Lain, Sekarang Cakap Lain

Related Posts