Pilihan Raya Negeri: BERJASA Sasar 15 Kerusi DUN, Mahu Jadikan Negeri Sembilan Negeri Maju dan Beradat

prn negeri sembilan
prn negeri sembilan

SEREMBAN – Parti BERJASA menyasarkan 15 kerusi DUN dalam PRN Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Beliau berkata sasaran itu dibuat berdasarkan perkembangan positif di lapangan serta peluang kerjasama strategik dengan parti-parti lain.

Menurut beliau, pelancaran jentera pilihan raya yang diadakan hari ini menandakan kesiapsiagaan penuh parti untuk menghadapi pilihan raya yang bakal menentukan hala tuju Negeri Sembilan bagi tempoh lima tahun akan datang.

BERJASA tidak hadir sekadar untuk meramaikan pertandingan pilihan raya, sebaliknya kami mahu menawarkan solusi politik baharu kepada rakyat Negeri Sembilan.

Kami mahu membawa pentadbiran yang lebih berkesan, berintegriti dan berpandangan jauh untuk masa depan negeri ini,” katanya.

Negeri Sembilan Ketinggalan Potensi Sebenar

BERJASA menyertai PRN Negeri Sembilan kerana negeri itu masih belum mencapai potensi sebenarnya walaupun mempunyai kedudukan strategik dan sumber yang besar.

Presiden BERJASA berpandangan potensi ekonomi Negeri Sembilan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya sehingga menjejaskan kadar pertumbuhan dan pembangunan negeri.

Negeri Sembilan mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan ekonomi negeri. Namun potensi ini memerlukan kepimpinan yang mempunyai visi serta keberanian untuk melaksanakan perubahan secara strategik,” katanya.

Tawar Model Pembangunan Maju dan Beradat

Menurut beliau, BERJASA mahu membangunkan Negeri Sembilan sebagai negeri “Maju dan Beradat” yang mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dan warisan.

Beliau berkata pembangunan negeri tidak seharusnya mengorbankan warisan adat, khususnya Adat Perpatih yang menjadi identiti Negeri Sembilan sejak sekian lama.

“Pembangunan perlu berlaku secara seimbang. Dalam kita mengejar kemodenan dan kemajuan ekonomi, aspek pemeliharaan warisan, tanah adat dan identiti masyarakat tempatan tidak boleh diketepikan,” katanya.

Beliau menambah, pendekatan tersebut akan diterjemahkan menerusi tawaran manifesto parti yang sedang dimuktamadkan menjelang hari penamaan calon.

Kos Sara Hidup dan Cabaran Sosial Antara Fokus

Menurut beliau, isu kos sara hidup, ekonomi dan identiti masyarakat antara cabaran utama yang sedang dihadapi rakyat Negeri Sembilan.

Justeru, katanya, manifesto BERJASA bukan sahaja menumpukan pembangunan dan ekonomi, malah turut memperkukuh institusi keluarga, nilai masyarakat serta warisan adat negeri.

Kami mahu menawarkan penyelesaian yang menyeluruh kerana kemajuan negeri bukan sekadar pembangunan fizikal, tetapi juga kesejahteraan sosial dan identiti rakyat, ujar beliau.

Mahu Martabatkan Adat Perpatih Dalam Pentadbiran

Beliau berkata rakyat telah memberi peluang kepada pelbagai parti memerintah, namun banyak masalah asas negeri kekal tidak berubah.

Menurut beliau, pertelingkahan politik berpanjangan dan kegagalan mencapai kesepakatan telah menjejaskan kestabilan negeri serta institusi adat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan BERJASA komited untuk mempertahankan dan memartabatkan Adat Perpatih dalam politik serta pentadbiran negeri.

“Adat Perpatih bukan sekadar budaya, tetapi mengandungi nilai kepimpinan dan keseimbangan yang wajar diterapkan dalam pentadbiran negeri,” katanya.

Rakyat Mahukan Pilihan Baharu

Menurut Zamani, perkembangan politik semasa menunjukkan rakyat semakin matang dalam membuat penilaian dan tidak lagi terikat kepada pilihan tradisional antara parti-parti besar.

Beliau percaya semakin ramai pengundi mencari pemimpin yang mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membawa perubahan yang lebih berkesan kepada negeri.

PRN Negeri Sembilan bukan sekadar pertandingan politik lima tahun sekali. Ia adalah peluang untuk rakyat menentukan bentuk kepimpinan dan hala tuju negeri pada masa hadapan.

BERJASA akan turun ke medan pilihan raya dengan semangat perjuangan yang jelas, jentera yang bersedia dan keyakinan bahawa rakyat mahukan alternatif baharu untuk Negeri Sembilan,” katanya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pilihan raya negeri

Pilihan raya negeri: BERJASA Sambut Baik Keterbukaan PAS, Sedia Runding Kerjasama Pilihan Raya

Related Posts