Pemuda BERJASA Tawar Diri Jadi Orang Tengah Kerjasama UMNO Dan PAS

kerjasama umno dan pas

Kerjasama UMNO dan PAS seakan mula ingin dibincangkan secara serius setelah Ketua Pemuda UMNO, Akmal Salleh meminta PAS bubarkan Perikatan Nasional (PN) dan bergabung kembali bersama UMNO untuk tubuhkan Muafakat Nasional (MN).

Seruan daripada Akmal Salleh ini pantas disahut oleh Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari yang katakan ia sesuatu idea yang baik namun perlu ditubuhkan jawatankuasa rundingan terlebih dahulu.

Beliau nyatakan ia sebagai satu lonjakan yang baik untuk menyatu padukan pengundi Melayu yang semakin muak dengan kerajaan sekarang.

Pemuda BERJASA, Meor Azim melihat ini sebagai satu berita yang baik memandangkan sepatutnya sudah lama penyatuan ini direalisasikan bagi menguatkan lagi blok politik Melayu di Malaysia ini.

Beliau secara terbuka juga menawarkan Pemuda BERJASA untuk menjadi orang tengah bagi mmebentuk gabungan baharu yang dinamakan sebagai Kesatuan Nasional (KN) menggabungkan BERSATU, PAS dan UMNO.

Kerjasama UMNO Dan PAS Boleh Direalisasikan, Kuatkan Blok Politik Melayu

Rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu masih meletakkan harapan untuk UMNO dan PAS kembali menjalin kerjasama dalam pentas politik nasional.

Perbalahan di antara dua parti ini sebenarnya hanya mendatangkan kerugian kepada kuasa politik Melayu sahaja kerana dilihat tiada kesepakatan untuk memperjuangkan hak Melayu secara bersama.

Pemuda BERJASA melihat sudah masanya perbalahan ini dihentikan dan bersikap berjiwa besar untuk mencari titik damai antara dua parti ini.

“Perbalahan ini hanya akan menguntungkan DAP sahaja memandangkan sasaran mereka memang ingin melihat parti Melayu terbesar ini iaitu UMNO dan PAS dalam keadaan lemah dan terus bergaduh”.

“Apabila Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda PAS mengeluarkan kenyataan bayangan bahawa mereka mahu bergabung, kami di BERJASA sambut baik idea itu”, tegas beliau.

Sudah Masanya Melayu Bersatu

Melayu sepatutnya sudah mula mempunyai kesedaran untuk bangkit memperjuangkan hak mereka di negara ini.

Memang benar kuasa politik di negara ini dipimpin oleh Perdana Menteri berbangsa Melayu namun kepentingannya banyak diletakkan untuk menjaga hati kaum lain.

Isu Jawi, pelaksanaan hukum Islam dan pembasmian arak tidak dapat dilaksanakan dengan baik kerana adanya bantahan daripada puak yang tidak senang dengan hak kepentingan orang Melayu dan Islam.

Sudah masanya untuk bersatu, bukan lagi hanyut dengan arus perbezaan yang akhirnya akan merugikan orang Melayu sendiri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kerjasama umno dengan dap

Kerjasama UMNO Dengan DAP Adalah ‘Perpaduan Yang Dipaksakan’

Related Posts