Harga Beras Import Turun, Kadar Beli Beras Tempatan Sekitar 10-15%

harga beras import

Harga beras import yang turun menyebabkan pengguna yang terdiri daripada rakyat tempatan lebih memilih untuk membeli beras import di pasaran dan sambutan pengguna kekal rendah untuk pembelian beras tempatan iaitu sekitar 10% hingga 15% sahaja.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu mengakui bahawa peningkatan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) berdepan cabaran kerana tidak seiring dengan kadar pembelian oleh pengguna.

Beliau berkata harga BPT yang agak sedikit mahal berbanding harga beras import yang sederhana menyebabkan rakyat lebih memilih untuk membeli beras import dan ini menyaksikan realiti yang berlaku tidak sama dengan perbahasan yang sering dibangkitkan di Parlimen dalam soal stok BPT di pasaran.

Beras Import Mungkin Masih Jadi Pilihan, Namun Kerajaan Wajar Pastikan Stok Beras Tempatan Kekal Ada

Walaupun kadar pembelian BPT tidak mencapai tahap yang tinggi berbanding beras import namun ia sepatutnya bukan menjadi tiket untuk kerajaan tidak memfokuskan kepada pengeluaran beras tempatan di pasaran.

Inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menilai semula mekanisme baharu pembekalan BPT selepas tamat Program Khas BPT Bersubsidi September lalu adalah satu langkah terpuji bagi memastikan rakyat mendapat bekalan mencukupi pada harga berpatutan.

Penilaian ini turut mengambil kira penyelarasan harga BPT pada kadar RM2,600 satu tan di pintu gudang Padiberas Nasional Berhad berkuat kuasa 15 Mei lalu dan langkah menangani amalan beras campuran di pasaran.

Beras Sebagai Simbol Kedaulatan Makanan Negara

Kerajaan harus menyedari bahawa bekalan beras amat penting dalam ekosistem negara kerana sudah sekian lama menjadi makana utama di Malaysia.

Bekalan beras boleh diibaratkan sebagai simbol kedaulatan negara kerana boleh dibayangkan tanpa bekalan beras yang mencukupi, keadaan negara akan menjadi panik dan kucar-kacir tanpa adanya makanan utama untuk dimakan.

Boleh dikatakan bahawa kesejahteraan negara terletak kepada kedaulatan makanannya iaitu mencukupi untuk keperluan semua rakyatnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
kemajuan teknologi di malaysia

Kemajuan Teknologi Di Malaysia: Adakah Selamat Kegunaan Fintech & AI Untuk Rakyat?

Next Post
kabinet baharu madani

Parti BERJASA Lihat Kabinet Baharu MADANI Cacat

Related Posts