Pembebasan Palestin: Pendirian Kerajaan Setakat Mana?

PUTRAJAYA: Malaysia baru-baru ini diminta menyatakan pendirian berkaitan Deklarasi New York yang bertujuan mencapai kesepakatan negara-negara untuk menghentikan peperangan di Gaza. Mesyuarat khas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut juga menuntut Hamas meletakkan senjata dan tidak lagi mentadbir Gaza, namun sehingga kini kerajaan Malaysia dikatakan masih memerlukan masa untuk menelitinya.

Malaysia ternyata kekal berpendirian sama yakni Palestin sebagai sebuah negara yang mempunyai hak untuk wujud namun perkara-perkara lain membabitkan kewujudan Hamas sebagai kumpulan pejuang di sana masih lagi belum diputuskan pandangan rasminya. Apa yang membimbangkan adalah, Malaysia masih kekal berpihak kepada naratif penyelesaian dua negara yang mana bukanlah solusi terbaik bagi menjamin kemerdekaan penuh Palestin.

Ustaz Zamani Ibrahim yang merupakan Presiden Berjasa ada menyatakan perjuangan Palestin bukan hanya soal kemanusiaan, tetapi maruah untuk hidup sebagai orang yang beragama dan mempunyai tanah sendiri yang berdaulat tanpa dicatur oleh sesiapapun. Oleh sebab itu, pendirian 2 negara adalah pendirian yang sangat-sangat lemah dan tidak sedikit pun membela nasib orang-orang di Palestin.

“Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya menjadi juara dalam isu ini malah berani menyatakan pandangan yang tidak memihak dan memberi sedikit ruang pun kepada penjenayah Israel untuk meneruskan agenda mereka. Kita maklum mereka sendiri juga tidak mahu kepada penyelesaian 2 negara malah ingin menjadikan Palestin itu sepenuhnya milik mereka. Ini terbukti dengan pelbagai strategi penghapusan etnik, penjajahan secara terancang, pengusiran penduduk dan pembunuhan rakyat Palestin.”, katanya.

Presiden Berjasa juga menambah pandangannya dengan mengecam pendirian kerajaan yang tampak tidak bersungguh-sungguh dan begitu lambat dalam memberi respon atau penilaian mereka tentang kedudukan Hamas untuk terus bertahan sebagai pembela rakyat di Palestin sedangkan jika Malaysia benar-benar memahami isu ini, mereka pasti akan menjadikan isu ini isu prioriti yang perlu diberi maklum balas yang bernas dan segera demi keamanan Palestin dalam jangka masa panjang.

“Hamas adalah kumpulan pejuang atau badan pentadbir asal yang sah di Palestin. Malaysia perlu tampil menyatakan pendirian yang tegas kepada perjuangan Hamas kerana itulah sokongan minima kerajaan kepada pembebasan bumi Palestin. Sokongan minima dari kerajaan kepada perjuangan Hamas demi pembebasan bumi Palestin juga menggambarkan bahawa kerajaan sangat memahami betapa tinggi dan mulianya perjuangan Hamas.”, tegasnya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
jalur gemilang

Jalur Gemilang Terbalik: Pemuda BERJASA Kecam DAP Sebagai Anti-Nasional

Next Post
pengeluaran kwsp

Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Perlu Dibuat Secara Fleksibel, Tidak Wajar Diwajibkan Secara Paksa

Related Posts