Jalur Gemilang Terbalik: DAP Anti-Nasional, Bodoh Minta KPM Sediakan SOP Pasang Jalur Gemilang

jalur gemilang terbalik

Parti DAP melalui Ketua DAP Negeri Sembilan telah bersikap bodoh dalam memberi maklum balas mengenai isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik apabila meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih jelas berkaitan pemasangan Jalur Gemilang di sekolah.

Hal ini merujuk kepada kes terbaru mengenai pemasangan Jalur Gemilang terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Port Dickson.

Ketua DAP Negeri Sembilan itu iatu Lim Chun Weng menegaskan latihan khusus kepada kakitangan bukan akademik dalam pengendalian bahan dan simbol patriotik itu juga perlu dilaksanakan.

Sambil itu juga beliau menegaskan agar KPM mengambil pendekatan sederhana dan mendidik bukannya terus menghukum dalam menangani isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik ini.

Kenyataan beliau ini begitu jelek dan mendangkalkan seakan kejadian tersebut berlaku di luar negara.

Cara pemasangan Jalur Gemilang sebenarnya tidak pernah berubah dan sepatutnya semua pihak sudah sedia maklum mengenai cara pemasangannya.

Rakyat Malaysia Wajib Kenali Jalur Gemilang

Sesuatu yang tidak boleh diterima akal apabila rakyat Malaysia sendiri melakukan kesalahan dengan memasang Jalur Gemilang secara terbalik.

Mustahil untuk pihak sekolah mahupun kakitangan sokongan di sekolah tidak mengetahui cara pemasangan Jalur Gemilang dengan betul memandangkan institusi sekolah sudah lama didedahkan dengan bendera kebangsaan itu.

Sekolah sentiasa dipenuhi dengan sambutan Hari Kebangsaan, Hari Kebangsaan malahan bendera Jalur Gemilang dipasang tinggi pada tiang bendera di tapak perhimpunan sekolah.

Saranan DAP untuk KPM sediakan SOP pemasangan seakan bendera kebangsaan ini baru sahaja digunakan pada tahun lepas di Malaysia.

Kenyataan itu tidak melampau untuk dikatakan sebagai satu kenyataan yang bodoh dan menjengkelkan keluar daripada seorang perwakilan parti yang ditubuhkan dan bertanding di Malaysia.

Adakah DAP Bersikap Anti-Nasional Dan Memandang Ringan Isu Ini?

Kenyataan Lim Chun Weng seakan beliau cuba memandang rendah isu ini dan melihat isu ini hanya remeh sahaja.

Sedangkan negara kita sudah menetapkan undang-undang berkaitan 3R iaitu melibatkan race, religion and royal untuk memastikan sebarang hinaan terhadap simbol agama, kaum, negara mahupun raja dikenakan hukuman yang berat.

Kerajaan sekarang hanya gemar menggunakan undang-undang 3R terhadap penyokong pembangkang dan ahli politik pembangkang apabila sesuatu isu yang dibangkitkan tidak menyebelahi kerajaan.

Sekarang isu pemasangan bendera Jalur Gemilang mereka meminta untuk kerajaan sediakan SOP sahaja untuk “memaafkan” kesilapan ini.

Isu bendera Jalur Gemilang terbalik sudah banyak kali berlaku hingga boleh dikatakan ia sebagai satu “acara tahunan” di Malaysia.

Kejadian serupa yang berlaku ini dipercayai terjadi kerana tiadanya langkah serius yang diambil bagi mengatasi isu ini daripada pihak kerajaan.

Jalur Gemilang adalah simbol kebangsaan negara dan DAP jelas begitu bodoh dan anti-nasional apabila melihat isu ini dengan ringan serta hanya meminta kesalahan itu dimaafkan sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

How Ancient Art Shaped Perception and Modern Symbols

Next Post
jalur gemilang

Jalur Gemilang Terbalik: Pemuda BERJASA Kecam DAP Sebagai Anti-Nasional

Related Posts