Lantikan Politik Bukan Salah Guna Kuasa?

KAJANG – Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bukan salah guna kuasa, adalah satu penghinaan terhadap prinsip reformasi yang beliau sendiri pernah laungkan selama puluhan tahun.


Mengulas kenyataan itu, Naib Presiden Berjasa, Ir. Ts. Lukman Al Hakim, menyatakan bahawa semasa menjadi pembangkang, Anwar dan rakan-rakan sekutunya tidak henti-henti mengecam pelantikan politik sebagai bentuk kronisme, pembaziran dan pencabulan integriti sistem pentadbiran awam. Hari ini, setelah berada di puncak kuasa, beliau bukan sahaja meneruskan amalan sama, malah mempertahankannya secara terbuka.

Menurutnya, pada tahun ini, sebanyak lima jawatan pengerusi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang dipegang serentak oleh Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Anwar Ibrahim. Dalam tempoh kurang 28 bulan daripada keterlibatan beliau dalam sektor korporat, Farhash telah dilantik sebagai pengerusi di lima syarikat tersenarai, termasuk syarikat teknologi, peruncitan dan perkhidmatan korporat.


Ir. Ts. Lukman menegaskan, adakah ini maksud reformasi? Bahawa lantikan politik hanya salah jika dilakukan musuh politik, dan halal apabila dilakukan oleh kawan sendiri? Jika pelantikan ke jawatan penting didasarkan pada kepentingan parti dan bukan kelayakan, bagaimana rakyat boleh percaya kepada ketelusan pentadbiran?


“Ini adalah contoh jelas pengkhianatan janji reformasi dan prinsip tadbir urus yang pernah dijaja oleh kerajaan hari ini. Ia juga mencerminkan bahawa slogan integriti dan good governance hanyalah alat meraih undi bukan prinsip yang benar-benar mahu ditegakkan.”tegasnya.


Kerajaan hari ini harus ingat, rakyat tidak lupa. Lantikan politik adalah lambang sistem yang tidak adil, tidak telus, dan membuka ruang kepada salah guna kuasa. Jika benar kerajaan ini Madani, buktikan dengan keberanian menolak kepentingan parti demi kepentingan rakyat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akmal Saleh Lega, PMX Akhirnya Korup?

Next Post

Kes teoh Beng Hock Dikelaskan NFA: NGO Desak 5 Menteri DAP Letak Jawatan

Related Posts