Perkasa Nadir Bumi: Kurangkan Kebergantungan Asing

Kuantan — Malaysia berpotensi besar untuk menjana pendapatan sehingga RM800 bilion dengan membangunkan sumber nadir bumi jenis ion adsorption clay (IAC) rendah radioaktif yang masih belum diteroka sepenuhnya di negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak dan Kedah.

Menurut Ketua Perunding Global Rare Earth Technology, Datuk Ir. Dr. Badhrulhisham Abdul Aziz, Malaysia memiliki kira-kira 16 juta tan nadir bumi jenis IAC yang terbiar, namun berpotensi tinggi untuk dimanfaatkan sebagai pemacu ekonomi baharu negara.

Beliau menekankan bahawa pembangunan sumber ini memerlukan kerjasama erat antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri, bukan sahaja bagi tujuan eksploitasi sumber secara mampan, tetapi juga untuk mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran dan teknologi asing.

“Malaysia mempunyai sumber, tetapi tidak mempunyai teknologi untuk memproses unsur nadir bumi ini. Tanpa teknologi pemprosesan, kita tidak dapat membina kilang pembuatan supermagnet, bateri dan produk berteknologi tinggi lain yang bernilai tinggi di pasaran global,” katanya.

Teknologi pemprosesan nadir bumi khususnya untuk jenis IAC yang banyak terdapat di Malaysia, kini masih dikuasai oleh negara-negara seperti China, Jepun dan Amerika Syarikat, yang menjadikan ia satu cabaran besar untuk Malaysia menceburi sektor ini secara menyeluruh.

Malaysia kini menghadapi pilihan strategik: sama ada terus bergantung kepada pemain luar atau melabur dalam pembangunan teknologi sendiri bagi memastikan kekayaan sumber semula jadi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh negara.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perbincangan kerajaan dengan AS berkenaan peningkatan tarif perdagangan: Nampak Lemah?

Next Post

Tanah Rizab Melayu: Aset Kuasa Semakin Hilang

Related Posts