YB Fadhlina Hanya Pedulikan Desakan Pihak Bukan Islam?

YB Fadhlina

SHAH ALAM – BERJASA amat kesal dan kecewa dengan tindakan YB Fadhlina Sidek yang begitu lemah dalam menangani isu pembukaan kantin ketika bulan Ramadan. Setelah sekian lama pembukaan kantin hanya dibuat atas budi bicara pihak sekolah, namun kali ini tiba-tiba sahaja arahan diturunkan terus daripada YB Fadhlina Sidek yang mengarahkan kantin mesti dibuka juga.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata pengarahan untuk membuka kantin sewaktu bulan puasa ini akan memberikan bebanan kepada yang terpaksa menanggung kos operasi kantin. Hal ini ditambah lagi jika sesebuah sekolah itu hanya mempunyai beberapa orang sahaja pelajar bukan Islam maka keuntungan yang diperoleh daripada jualan tidak berbaloi.

“Saban tahun kantin sekolah ditutup bukan sekadar sebagai menghormati bulan puasa tetapi turut melatih para pelajar untuk berpuasa dan menunjukkan keindahan Islam kepada pelajar bukan Islam”.

“Namun amat malang bagi seorang Menteri Pendidikan yang begitu takut dengan bukan Islam dan menurut apa sahaja kehendak serta laungan mereka walaupun bertentangan apa yang sewajarnya dilakukan”, tegas beliau.

Tambah beliau, YB Fadhlina Sidek elok sahaja letak jawatan jika isu yang kecil ini tidak mampu diselesaikan dengan baik malahan lebih tunduk kepada golongan minoriti iaitu yang bukan Islam. Isu ini akan menimbulkan pelbagai polemik yang berpanjangan dalam kalangan orang Islam jika beliau tidak mampu menyelesaikan masalah ini dengan bijak.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
penguatkuasaan

Penguatkuasaan Perlu Secara Berkala Kawal Harga Barang Naik

Next Post
stor

Stor Jadi Tempat Makan, Begitu Dangkal Pemikiran Menteri

Related Posts