Tindakan Terdesak PM – Ir Lukman

Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Kuala Lumpur – Naib Presiden BERJASA, Ir. Lukman Al-Hakim menyifatkan MOU antara gabungan beberapa parti dalam PH, BN dan GPS bagi membuktikan sokongan kepada Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim adalah satu tindakan amat terdesak Perdana Menteri yang amat memalukan.

“Jika beliau benar-benar yakin kerajaan campuran yang telah dibina kukuh, biarlah undi percaya dalam Dewan Rakyat pada 19 Disember ini membuktikannya” ujar beliau.

Beliau turut menambah bahawa, sebarang perjanjian luar yang tidak berteraskan perlembagaan dan tidak membawa manfaat kepada rakyat akan memberikan gambaran negatif terhadap kredibiliti PM dan kerajaan pimpinannya.

Beliau turut mengakui bahawa tindakan ini akan menghakis lebih teruk kepercayaan rakyat setelah Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim melantik ‘kluster mahkamah’ dan ahli parlimen yang tidak layak memegang jawatan timbalan perdana menteri dan menteri-menteri.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Hamdan Sharif Ketua Penerangan BERJASA

Import Hanya Penyelesaian Jangka Pendek – Ketua Penerangan BERJASA

Next Post
Ir Lukman Al Hakim Naib Presiden

SOSMA Bukan Senjata Politik – Ir Lukman

Related Posts