Tajuk Buku ‘Gay Is Okay! Terang-Terangan Promosi LGBT – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Bangi – Belum selesai isu anak-anak Loh Siew Hong, negara dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan penulis dan penerbit buku Gay Is Okay! A Christian Perspective untuk membatalkan perintah pengharaman Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin ketika membaca keputusannya dilaporkan berkata, kandungan buku itu tidak membuktikan fakta atau asas undang-undang yang menyebabkan KDN mengharamkannya.

Jelasnya, KDN ketika itu telah mengeluarkan arahan pengharaman mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan alasan kandungannya memudaratkan ketenteraman, moral dan kepentingan awam.

Bagaimanapun, kata Noorin, setelah meneliti keseluruhan buku itu, kandungan berkaitan homoseksual buku itu hanya daripada sudut perspektif agama Kristian.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan berpendapat, tajuk buku berkenaan dilihat mempromosikan golongan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Hari ini tular, keputusan Mahkamah Tinggi semalam membatalkan sekatan terhadap jualan dan sebaran buku yang dilakukan oleh KDN berjudul ‘Gay Is Okay’.

“Kes dibatalkan kerana kandungan tidak mengandungi sebarang bentuk keraguan munasabah.

“Kalaupun kandungan tak salah, tajuk itu terang-terang promosi LGBT,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.

KDN sebelum itu mengeluarkan perintah pengharaman itu pada 27 November 2020 terhadap buku yang ditulis Ngeo Boon Lin dan penerbitnya, Chong Ton Sin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berhujah walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh tujuh tahun sejak buku itu diterbitkan, ia masih dianggap sebagai promosi homoseksual yang masih boleh menjejaskan umum.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Hazwan Mohamad BERJASA

Politik Tidak ‘Kotor’ Tetapi Sebahagian Kesyumulan Agama – Hazwan Mohamad

Next Post
Siti Umi Kalsom Ketua Wanita BERJASA

Mana Peranan Ahli Parlimen Islam Dalam Perjuangan Anak Loh: Wanita BERJASA – Siti Umi Kalsom

Related Posts