Syarikat Pengedar Kenderaan Bumiputera MBM Resources Tertekan Persaingan Dari Jenama Automotif China

jenama automotif

MBM Resources Berhad yang merupakan syarikat pengedar dan penjual kenderaan milik Bumiputera terus berdepan dengan tekanan persaingan yang semakin sengit di pasaran tempatan susulan kemasukan jenama automotif dari China.

Laporan ini dimaklumkan oleh TA Securities yang melihat keadaan negatif ini akan mejejaskan jumlah jualan pelbagai model yang dijual oleh MBM Resources Berhad dan margin keuntungan juga akan terjejas.

Bukan itu sahaja malahan MBM berada di dalam fasa yang sukar apabila strategi penetapan harga baharu seperti Jaecoo dan BYD mula merampas bahagian pasaran daripada pengeluar Jepun dan nasional.

Walaupun MBM mencatatkan keuntungan yang lebih tinggi pada suku kedua tahun 2025 hasil daripada sumbangan dividen dan prestasi perniagaan yang kukuh namun keuntungan separuh pertama tahun ini masih merosot 2.7% tahun ke tahun akibat kelembapan permintaan dalam suku pertama 2025.

Hal ini dapat dibuktikan melalui statistik jualan kenderaan dalam bahagian perdagangan motor susut 4.4% kepada 14,700 unit yang mencerminkan tekanan pasaran ekoran kehadiran tekanan ke atas para pemain tradisional.

Siapa Pemegang Terbesar MBM Resources Berhad, Pemain Industri & Jenama Automotif Tradisional Di Malaysia?

MBM Resources Berhad merupakan pemain industri automotif tradisional yang sudah lama bertapak di Malaysia.

Pemegang terbesar saham untuk kumpulan ini ialah Med-Bumikar MARA Sdn. Bhd. dengan pegangan sebanyak 49.5% diikuti oleh Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sebanyak 9.24% dan Lembaga Tabung Haji sebanyak 4.98%.

MBM Resourecs Berhad mempunyai pengedaran dan penjualan beberapa jenama kenderaan seperti Daihatsu yang telah pun menjadi pengedar tunggal sejak 1980 untuk kenderaan komersial ringan, Hino untuk kenderaan seperti trak dan bas, jenama tempatan iaitu Perodua serta Volvo dan Volkswagen melalui anak syarikat Federal Auto Holdings Berhad untuk mengedar kedua-dua jenama ini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa MBM Resources Berhad merupakan syarikat yang dimiliki oleh Bumiputera maka persaingan yang sengit daripada jenama automotif China memberi kesan yang agak besar untuk keuntungan syarikat Bumiputera terutamanya dalam soal pulangan dividen.

Memacu Kreativiti Syarikat Bumiputera Untuk Terus Bersaing

Jenama China kini dilihat sudah banyak bertapak di Malaysia bukan sahaja dalam industri automotif malahan industri makanan juga.

Ramai pihak yang melihat ia sebagai sesuatu yang tidak sihat walaupun Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka untuk sesiapa pun berniaga di sini.

Kerajaan sepatutnya dalam masa yang juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan syarikat tempatan tidak terjejas dengan mengawal kemasukan syarikat luar ini termasuk dari China.

Namun demikian, dalam sisi positif yang lain ia memberi cabaran yang baik kepada syarikat tempatan untuk menghasilkan produk perniagaan yang berkualiti dalam bersaing bersama syarikat luar ini.

Contohnya, MBM Resources Berhad telah mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di bawah jenama Perodua pada tempoh suku keempat tahun ini dengan sasaran peringkat awal pengeluaran sebanyak 500 unit setiap bulan.

Model EV Perodua ini dijangka berharga hanya RM80,000 hingga RM100,000 tidak termasuk bateri yang akan disediakan melalui model sewaan bagi memastikan kos awal mampu kekal milik.

Walaubagaimanapun, TA Securities kekal berhati-hati dengan prospek pendapatan MBM untuk produk kenderaan EV kerana volum industri semakin mendatar dan persaingan di pasaran terus menekan margin.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
hari kebangsaan

BERJASA Seru Betulkan Naratif Hari Kemerdekaan, Kembalikan Roh & Maruah Hari Kebangsaan Kita

Related Posts