Setiausaha Pertahanan AS Minta Malaysia Tingkatkan Bajet Pertahanan

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth meminta agar bajet pertahanan Malaysia ditingkatkan kepada 5 peratus Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika berucap di dalam Dialog Shangri-La di Singapura.

Kenyataan beliau ini dipertik di dalam portal media The Malaysian Reserve yang menegaskan Malaysia dan rakan-rakan sekutu AS di Asia perlu berhadapan dengan ketidaktentuan keselamatan sempadan di rantau Laut China Selatan.

Kenyataan beliau yang menyentuh mengenai Laut China Selatan diyakini ingin ditujukan kepada pesaing AS iaitu China yang saban tahun mencatatkan kes pencerobohan sempadan laut sama ada di Filipina, Vietnam mahupun Malaysia.

Tambah beliau lagi, gesaan kepada Malaysia dan negara Asia lain untuk meningkatkan bajet pertahanan adalah bagi memastikan negara-negara ini memiliki sistem pertahanan yang sama kuat dengan sekutu AS di Eropah yang merujuk kepada NATO.

Malaysia Perlu belanjakan Sekurang-Kurangnya RM90 Bilion untuk Keselamatan

Jika Malaysia mematuhi cadangan Pete Hegseth ini, Malaysia perlu sekurang-kurangnya membelanjakan sebanyak RM90 bilion dalam mencapai 5% KDNK untuk perbelanjaan pertahanan Malaysia.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM21.2 bilion untuk Kementerian Pertahanan termasuk RM5.8 bilion yang dikhususkan untuk kerja-kerja senggara dan pembaikan serta perolehan aset-aset ketenteraan baharu.

Bajet ini keseluruhannya melibatkan kesejahteraan warga pertahanan, kesiapsiagaan ketenteraan dan pertahanan sempadan negara, hubungan pertahanan antarabangsa dan patriotisme sebagai benteng pertahanan negara.

Aset Pertahanan Malaysia Kebanyakannya Sudah Usang

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebanyak 171 aset ATM telah berkhidmat melebihi 30 tahun, termasuk kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan helikopter yang diperoleh sejak era 1960-an.

Separuh daripada 49 kapal TLDM kini beroperasi melebihi jangka hayat perkhidmatan yang disyorkan, menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan operasi dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Aset lama ini menghadapi cabaran seperti sistem yang ketinggalan zaman, jarak operasi yang terhad, dan kesukaran untuk berintegrasi dengan teknologi moden.

Situasi ini memberi kesan langsung kepada keupayaan strategik Malaysia, terutamanya dalam aspek keselamatan maritim di kawasan seperti Laut China Selatan dan Selat Melaka.

Kerajaan Malaysua seharusnya sedar bahawa secara relatif ketinggalan dalam soal pemantapan aset pertahanan berbanding Singapura dan Indonesia, terutamanya dari aspek perolehan aset moden, pelaburan strategik, dan kesediaan tempur (combat readiness).

Singapura dan Indonesia masing-masing memperuntukkan bajet pertahanan yang besar dalam menjaga sempadan negara mereka terutamanya di rantau Laut China Selatan.

Singapura membelanjakan RM52 bilion setahun untuk bajet pertahanannya dan Indonesia pula adalah sebanyak RM47 bilion.

Ahli politik di Malaysia pula masih dengan pemikiran yang kolot beranggapan tidak perlu membazirkan begitu banyak wang untuk pertahanan negara dengan alasan kononnya Malaysia tidak mahu ikut berperang dengan sesiapa.

Soalan yang sepatutnya ditanyakan kepada ahli-ahli politik ini ialah sampai bilakah kita mahu bergantung dengan negara luar untuk menjaga keselamatan negara kita?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

UMNO Selangor Serang Tengku Zafrul: PKR & UMNO Tumbang?

Next Post

PMX MOHON IMUNITI: APAKAH JUSTIFIKASINYA?

Related Posts