Memorandum 11 Tuntutan Kepada Kerajaan Malaysia untuk Palestin & Layanan Buruk Kementerian Luar Negeri

PUTRAJAYA – Pihak BERJASA telah mengadakan sesi penyerahan surat rasmi dan memorandum 11 tuntutan Parti BERJASA ke Pejabat Perdana Menteri dan Wisma Putra di Putrajaya. Namun demikian, Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif mendakwa beliau mendapat layanan buruk daripada pegawai di Wisma Putra sewaktu ingin menyerahkan memorandum tersebut.

“Setiba di Wisma Putra, dikhabarkan oleh pegawai berikan arahan untuk hold penyerahan dan melayan rakyat yang menyuarakan isu Palestin secara bertulis dengan tidak berhati perut. Rasa seperti terhina di bumi sendiri sedangkan ini dilakukan demi membawa hak rakyat Palestin yang dibantai secara zalim oleh penjajah rejim Zionis”.

“Pemimpin, dipilih olehrakyat. Didanai daripada wang rakyat. Apabila nak pilihanraya, menteri- menteri termasuk menteri luar negeri Dato’ Seri Zambry Abd. Kadir , menagih sokongan undi rakyat. Namun apabila rakyat nak suarakan apatah lagi perkara berkaitan Palestin, rukun negara kesopanan dan kesusilaan dicampak dalam tong sampah”.

“Tindakan salah seorang anggota CGSO yang berkasar tadi hampir menyebabkan saya membalas dengan cara yang lebih menyakitkan tetapi nasib baik kawalan kendiri telah menyelamatkan keadaan”, jelas beliau.

Beliau menambah, perjuangan BERJASA untuk membawa suara rakyat Palestin tidak akan berakhir di sini dan tegaskan BERJASA bersama rakyat Malaysia yang lain akan sentiasa memerhatikan apakah tindakan seterusnya daripada kerajaan untuk menyelesaikan isu Palestin ini.

Beliau juga mempersoakan berkenaan layanan buruk yang diterima oleh beliau di Wisma Putra sedangkan layanan yang diberikan oleh pegawai di Pejabat Perdana Menteri lebih terhormat.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BERJASA Serahkan memorandum ke pMO & Wisma putra

Next Post

Parti BERJASA sedia mengangkat perjuangan GSPP di Arena Politik Tanah Air

Related Posts