Memanfaatkan Sumber Nadir Bumi Di Malaysia

sumber nadir bumi

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Pahang akan serius untuk meneroka sumber nadi bumi di negeri itu. Pengumuman itu dibuat setelah melihat keperluan untuk membina kilang pemprosesan sumber nadir bumi oksida di Pahang. Kekayaan sumber nadir bumi di Pahang ini dapat dilihat melalui statistik daripada Statista yang menunjukkan syarikat Lynas telah memproses sebanyak 16,780 ton metrik sumber nadir bumi oksida pada 2023.

Mengakui perkara itu mempunyai prospek positif, beliau turut mengesahkan Pahang antara 10 negeri yang mempunyai unsur nadir bumi Lempung Jerapan Ion (IAC-REE), namun berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan.

“Kita akan kaji dan teliti perkara ini (kilang). (Mengenai nadir bumi), kita sahkan ia ada tetapi banyak mana tidak boleh disahkan dan urusan ini harus dikaji serta diteliti kerana membabitkan kawasan hutan simpan dan sebagainya,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat (STR) FELDA Pahang di Dewan Semai Bakti FELDA Jengka 14 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar bahawa Malaysia perlu segera membina kilang pemprosesan nadir bumi oksida yang dilihat keutamaan kritikal negara berdasarkan permintaan tinggi bahan mineral itu di seluruh dunia.

Buat masa ini, Malaysia belum memiliki kilang memproses nadir buminya sendiri dan Lynas Corporation Ltd (Lynas), yang mengendalikan kilang pemprosesan nadir bumi terbesar serta termoden di dunia di Gebeng, Kuantan adalah syarikat dari Australia.

Sumber – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Bangsa Malaysia

Mahu Bangsa Malaysia, Pendidikan Tidak Mahu Sealiran Pula

Next Post
kurma israel

Pastikan Bukan Beli Kurma Daripada Israel

Related Posts