Lucutkan Kewarganegaraan Tiong King Sing – Presiden BERJASA

kewarganegaraan tiong king sing

Lucutkan kewarganegaraan Tiong King Sing jika beliau terus berdegil mempertahankan prinsip songsangnya yang berkeras membantah tindakan DBKL menurunkan papan tanda premis yang tidak mengutamakan bahasa Melayu.

Demikian penegasan yang disampaikan oleh Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim dalam mengulas isu mengenai sikap Tiong King Sing yang begitu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Beliau secara peribadinya daripada awal lagi berasa kurang senang dengan perlantikan Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kerana lebih ramai lagi ahli Kabinet kerajaan yang berbangsa Melayu boleh memegang jawatan tersebut.

Tanggungjawab Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya amat besar dalam mempromosikan identiti Malaysia ke peringkat antarabangsa maka menteri yang berbangsa Melayu perlu memegang jawatan itu kerana identiti Malaysia berasaskan Melayu dan Islam.

Tambah beliau lagi, semua ahli Kabinet kerajaan termasuk Tiong King Sing perlu memberi taat sumpah kepada Yang di-Pertuan Agong maka ini secara automatiknya mereka perlu setuju untuk menjunjung kedudukan bahasa Melayu itu.

Jika bukan sebagai ahli Kabinet atau menteri sekalipun, asas menghormati bahasa Melayu di negara ini perlu ada pada setiap rakyat Malaysia.

Beri Amaran Untuk Lucutkan Sahaja Kewarganegaraan Tiong King Sing

Alasan Tiong King Sing yang mengatakan tindakan DBKL itu akan mengundang kepada rasa takut dalam kalangan pelancong China sebagai satu alasan semata-mata.

Adakah tiada pelancong daripada negara lain yang akan datang ke Malaysia hingga ingin memfokuskan kepada pelancong daripada China sahaja?

Beliau sepatutnya menerima hakikat bahawa identiti nasional bagi Malaysia ini sememangnya berteraskan kepada budaya Melayu dan Islam.

Beliau boleh sahaja mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi lawatan ke kampung Melayu yang semestinya akan menarik perhatian pelancong luar untuk Malaysia.

Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengambil tindakan dengan memberikan surat amaran kepada beliau susulan kenyataan beliau tersebut.

Jika surat amaran itu tidak memberikan kesan kepada beliau dan masih berdegil untuk bersikap secara provokasi, kewarganegaraan beliau seeloknya dilucutkan sahaja kerana negara tidak perlu menyimpan menteri yang tidak memahami asas identiti negara.

Kerajaan sepatutnya menggantikan beliau yang dipecat dengan menteri yang berbangsa Melayu untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk negara ini.

Sudah jelas Tiong King Sing langsung tidak menghormati identiti nasional Malaysia dan layak untuk dipecat daripada barisan Kabinet kerajaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
gunung batu kapur ipoh

Hilang Sudah Keindahan Gunung Batu Kapur Ipoh Akibat Ditarah Secara Haloba

Next Post
beras tempatan

Belum Cukup Dengan Isu Beras Tempatan Tukar Ke Beras Import, Kini Mat Sabu Mahu Tukar Nama UPM Pula

Related Posts