Ketua SUHAKAM Baharu Cadang Malaysia Ratifikasi ICERD Sebelum Terlambat

PETALING JAYA – Setelah baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM, beliau terus menggesa agar kerajaan bertindak ratifikasi ICERD sebelum penggal tiga tahunnya tamat pada Julai 2027.

Beliau yang pernah menjawat jawatan sebagai bekas hakim Mahkamah Rayuan itu berkata, beliau berharap langkah ini ratifikasi ICERD ini dapat menyemai kesedaran lebih besar tentang hak asasi manusia dalam diri rakyat Malaysia. Malahan beliau juga mahu kerajaan menjadikan hak asasi manusia sebagai salah satu keutamannya.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini pernah mengusulkan cadangan untuk meratifikasi ICERD namun dibantah oleh beberapa kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah tindakan kerajaan untuk meratifikasi perjanjian antarabangsa itu.

Antara kumpulan NGO yang kuat menentang cadangan ini ialah Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hingga menganjurkan Himpunan Bantah ICERD di Masjid Jamek dan berarak ke Jalan Tunku Abdul Rahman pada November 2018.

Kesannya, kerajaan PH telah menarik kembali keputusan untuk meratifikasi ICERD di atas desakan kuat daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang mendakwa ICERD akan menjejaskan kedudukan Melayu dan Bumiputera termasuk berkenaan kuota kaum di institusi awam.

Menarik untuk dibahaskan mengenai perkara ini kerana kerajaan mungkin perlu berhadapan dengan gelombang Melayu dan Bumiputera kali kedua jika membuat keputusan untuk meratifikasi ICERD.

Kini mata sedang tertumpu kepada kerajaan sama kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana langkah membenarkan ICERD ‘bertapak’ di Malaysia mungkin akan mengulangi kesilapan kerajaan PH yang terdahulu dan menjadi lebih teruk lagi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Warga China Masuk Ke Malaysia Bukan Sahaja Untuk Belajar Tetapi Juga Seludup Rokok

Next Post

Sesuaikah ICERD Dilaksanakan Di Malaysia?

Related Posts