Kuantan – BERJASA Pahang mengecam sekeras-kerasnya tindakan aktivis LGBTQ yang turut serta dalam perarakan Hari Wanita Sedunia di Kompleks Sogo baru-baru ini.
Setiausaha Wanita BERJASA Indera Mahkota, Dr Aisyah Badhrulhisham berkata, meraikan Hari Wanita Sedunia dengan perarakan sebegini jelas menghina martabat mulia wanita, kedudukan Islam sebagai agama persekutuan negara serta nilai adat ketimuran negara kita.
Mereka yang berhimpun memegang plakad yang jelas menyokong LGBT di antaranya “Trans Rights, We Are All Equal, Tetap Bangga” dan lain-lain sambil mengibarkan bendera pelangi 6 warna.
“Ideologi yang jelas bertentangan dengan fitrah manusia itu sebenarnya hanyalah menuruti hawa nafsu yang sepatutnya untuk diurus dan dididik, bukan dirai dan dituruti apa sahaja kehendaknya.”
“Oleh itu, saya mewakili BERJASA Pahang menggesa pihak berkuasa supaya bertindak tegas dan memantau aktiviti golongan itu bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi bagi menghormati masyarakat Islam di negara ini.”
Bagi beliau, semua pihak perlu akur dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mempunyai martabat tertinggi dalam negara ini.
Segala bentuk sensitiviti yang melanggar norma ketimuran amat tidak sesuai untuk diamalkan di sini malahan ia bercanggah dengan norma yang dididik oleh semua agama.
Terdahulu, perarakan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini telah dicemari oleh beberapa aktivis LGBTQ yang turut sama menyertai perarakan tersebut.
Sumber terbaharu telah mendedahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan bahawa perhimpuan tersebut bercanggah dengan peruntukan undang-undang negara ini.