Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, tampil memohon maaf selepas memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan tanpa lambang bulan yang cacat di muka depan edisi cetakan hari ini — satu tindakan yang jelas mengguris sensitiviti nasional dan mencabar simbol kedaulatan negara.
Walaupun permohonan maaf telah dikeluarkan, rakyat bertanya — adakah ini cukup? Jika perkara ini dilakukan oleh mana-mana individu atau organisasi lain yang bukan “arus perdana”, sudah tentu tindakan pantas akan diambil, laporan polis akan dibuat, malah mungkin disiasat di bawah Akta Hasutan. Tapi dalam kes ini, mengapa kerajaan begitu cepat menerima maaf dan terus menutup buku?
Lebih mengecewakan, tiada kenyataan tegas daripada Menteri Komunikasi atau Perdana Menteri sendiri, walhal isu ini menyentuh maruah dan kedaulatan negara. Adakah kerana ia melibatkan media yang dikira ‘berpengaruh’, maka kerajaan memilih untuk ‘diam-diam sudah’? Jika benar Jalur Gemilang adalah lambang penyatuan rakyat, maka penghinaan terhadapnya tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Penegasan bahawa penghinaan terhadap simbol negara, walaupun dilakukan secara “tidak sengaja”, perlu juga disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya. Kedaulatan negara tidak boleh dijadikan mainan atas nama kesilapan teknikal. Jika bendera boleh diperlakukan sebegini hari ini, apa pula yang bakal jadi esok?
Admin Gelombang Berjasa.