Penghakisan identiti nasional semakin kuat dirancang oleh parti DAP apabila baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mencadangkan Jalan Hang Tuah ditukarkan namanya kepada Jonker Walk.
Alasan penukaran nama itu dibuat bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong khusunya ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
DAP juga mendakwa penukaran nama ini boleh membawa kepada kerancakkan ekonomu peniaga dan masyarakat setempat kerana mempunyai ruang siar kaki yang lebih berbanding Jonker Walk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong daripada parti DAP menambah Jalan Hang Tuah boleh menjadi salah satu destinasi termasyhur pelancong semasa Tahun Baharu Cina malah mungkin kemeriahannya berbanding di Tanah Besar China sendiri.
Cadanagn ini disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Jonker Walk, Datuk Gan Tian Loo yang mengatakan cadangan untuk mewujudkan Jonker Walk 2.0 adalah sesuatu idea yang baik.
Malahan beliau sedia untuk mencurahkan pengalamannya dalam menguruskan Jonker Walk 2.0 jika ia benar direalisasikan.
Penukaran Jenama Jalan Hang Tuah Jelas Satu Tindakan Mencabar Identiti Nasional
DAP sepatutnya tahu bahawa Melaka sudah sekian lama sinonim dengan tokoh pahlawan Hang Tuah hidup di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Hang Tuah merupakan Laksamana yang terkenal dengan kesetiannya kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
Hal ini tidak keterlaluan jika sosok Hang Tuah ini dijadikan sebagai simbol kekuatan kepada bangsa Melayu khususnya di Malaysia.
Agak aneh apabila DAP yang merupakan sebuah parti politik di dalam Malaysia ingin mengubah nama Jalan Hang Tuah kepada Jonker Walk 2.0.
Negara jiran iaitu Indonesia sendiri menamakan kapal tentera laut mereka dengan KRI Hang Tuah bagi menunjukkan kemegahan kapal tentera laut itu.
Bangsa Melayu di Malaysia sudah cukup beralah dengan pihak penjajah dan pemaju hartanah yang menamakan kawasan di Malaysia dengan nama ala kebaratan.
Malaysia sudah banyak dibanjiri dengan nama penjajah seperti Georgetown, Brickfields, Butterworth, Port Dickson dan Slim River.
Nama-nama di atas sepatutnya ditukar kepada nama tempatan Tanjung Penaga, Padang Bata, Bagan, Tanjung Kemuning dan Sungai Seling.
Walaupun DAP sudah menjadi kerajaan namun mentaliti dijajah mereka masih belum hilang memandangkan mereka bukanlah peribumi di sini.
Jelas bahawa DAP adalah musuh kepada identiti nasional yang mahu diperjuangkan oleh majoriti orang Melayu di Malaysia.