BERJASA Sokong Kelab Shah Alam Selangor Sekat Jual Alkohol – Fahmi Bazlan

Ketua Pemuda BERJASA Fahmi Bazlan

Bangi – BERJASA menyatakan sokongan terhadap usaha Kelab Shah Alam Selangor melarang penjualan dan pengambilan alkohol di dalam premisnya.

Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan berkata, usaha tersebut wajar disokong ekoran Shah Alam terkenal dengan identiti dan budaya Melayu Islam.

“Menyekat jualan arak adalah sesuatu yang mulia dan perlu untuk membentuk semula budaya Islam dan masyarakat yang aman tanpa arak.

“Saya YDP BERJASA Shah Alam mengajak seluruh umat Islam di negeri Selangor khususnya di Shah Alam untuk menyokong dan menyambut baik keputusan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau melihat kempen ‘Malaysia Sejahtera Tanpa Arak’ yang digerakkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sebelum ini sudah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Khususnya komuniti majoriti Islam untuk memulakan langkah-langkah strategik menyekat jualan arak dalam komuniti.

“Umum mengetahui bahawa status arak adalah minuman yang memabukkan serta memberi mudarat dan ketagihan,” katanya.

Bahkan, tegas Ustaz Fahmi, arak juga boleh menjadi ancaman kepada keselamatan orang lain.

Justeru, beliau berharap, inisiatif baik yang diambil oleh Kelab Shah Alam Selangor tidak dijadikan sebagai bahan senda gurau politik yang merugikan.

Semalam, media melaporkan Kelab Shah Alam Selangor melarang penjualan dan pengambilan alkohol dalam premisnya.

Peraturan baharu oleh jawatankuasa am itu berkuat kuasa 12 Februari lalu.

Malah, ahli dan tetamu juga dilarang membawa alkohol ke premis itu.

Sumber – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Siti Umi Kalsom Ketua Wanita BERJASA

Wanita BERJASA Rakam Penghargaan Jasa Ustazah Nazirah Didik Anak Mualaf – Siti Umi Kalsom

Next Post
Kaslawati Kassim Wanita BERJASA

Pengislaman Anak Loh Sah Kerana Dibuat Oleh Bapanya: BERJASA – Kaslawati Kassim

Related Posts