Bantah Ratu Cantik, Hanya Eksploitasi Wanita

HULU LANGAT – Penganjuran pertandingan ratu cantik yang akan diadakan di negara ini dibantah sekerasnya. Ini susulan selepas Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi pertandingan ratu cantik Miss World Noble Queen yang akan berlangsung bulan depan.

Kali terakhir ia diadakan pada tahun 2019 di Hong Kong dan dimenangi wakil Perancis, Sonia Mansur.

Jawatankuasa BERJASA Hulu Langat, Aimi Syazwani menegaskan pertandingan ratu cantik itu hanya mengeksploitasi wanita demi menarik perhatian umum.

“Seolah wanita dijadikan objek perhiasan di pentas, bertentangan usaha kerajaan membina masyarakat berakhlak dan beradab terpuji”

“Tiada faedah diperolehi, malahan mengundang gejala sosial yang harus dielakkan”.

“Kecantikan kurniaan Allah adalah anugerah yang harus dijaga dan dipelihara bukan dijadikan objek pertandingan,” katanya.

Sebelum ini, pengasas Miss World Noble Queen yang juga ratu cantik Mrs World Noble Queen Tourism International pageant 2015, Jan Sit berkata, dia berbesar hati mengumumkan Malaysia sebagai tuan rumah bagi pertandingan berprestij itu.

Pertandingan itu akan berlangsung selama lapan hari bermula dengan ketibaan peserta pada 5 Disember ini. Acara tersebut akan menghimpunkan 25 delegasi Miss World Noble Queen dari seluruh dunia yang bersaing untuk merebut mahkota berprestij itu.

Sit berkata, pertandingan itu telah mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sekolah Vernakular Diangkat, Sekolah Kebangsaan Terabai

Next Post

Fahaman Liberal Dan Kegiatan LGBT Berkait, Berbahaya

Related Posts