Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cukai GST baru-baru ini menampakkan beliau memang tidak faham mengenai cukai tersebut.
Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di hadapan orang ramai mendakwa cukai GST adalah satu cukai yang dikenakan secara menyeluruh kepada semua orang termasuk orang miskin.
Beliau berkata “GST ini cukai menyeluruh. Faham? Ia dikenakan cukai ke atas semua benda, walaupun kadar rendah – gula, tepung, makanan – semua orang kena bayar. Itu GST. Kalau tanya saya, ya, sistemnya mudah – cukai semua benda“.
Kenyataan beliau seakan menunjukkan lagak hero bahawa beliau adalah pemimpin yang memahami kesusahan rakyat sedangkan konteks dan maksud yang beliau rujuk kepada cukai GST adalah salah serta jauh menyeleweng daripada maksud yang sebenar.
Adakah beliau memikirkan bahawa GST itu bermaksud General Service and Tax maka cukai itu dikenakan kepada semua barang?
Beliau sepatutnya cakna dengan maksud sebenar GST memandangkan beliau juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia.
Agak menghairankan jika seorang Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mahir dalam selok belok percukaian dan perbelanjaan negara tidak mengetahui maksud sebenar GST.
Apakah Itu Cukai GST Yang Perlu Diketahui Oleh Anwar Ibrahim?
GST adalah singkatan kepada Goods and Services Tax ataupun Cukai Barang dan Perkhidmatan. Cukai ini bukannya cukai umum yang dikenakan kepada semua barangan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia adalah cukai kepenggunaan yang mana ia dikenakan ke atas barang dan perkhdmatan pada setiap peringkat rantaian bekalan.
Hal ini boleh diterangkan dengan mudah iaitu kilang akan menjual produk kepada pemborong dikenakan cukai GST. Pemborong yang mendapat barang yang dibeli daripada kilang kemudian akan menjualnya pula kepada peruncit juga dikenakan GST. Cukai GST pula akan dikenakan kepada kepada pelanggan apabila membeli produk daripada peruncit.
Walaupun dikenakan pada setiap peringkat, perniagaan boleh menuntut semula cukai input yang dibayar sebelum ini maka pegguna akhir sahaja yang menanggung GST sepenuhnya.
Kadar cukai GST yang dikenakan oleh kerajaan sebelum ini ialah 6% tetapi kadar zero-rated iaitu 0% dikenakan kepada beras, sayur, ubat kawalan, perkhidmatan kewangan dan hartanah.
Barang Dikecualikan Cukai Bawah SST Lebih Sedikit
Dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik oleh Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh di laman Facebook miliknya menunjukkan bahawa bilangan barang yang dikenakan cukai jualan di bawah SST lebih sedikit berbanding barang yang dikenakan cukai jualan di bawah GST.
Bukan itu sahaja malahan dakwaan cukai SST ini dikenakan kepada orang kaya sahaja diragui kerana barangan seperti biskut dan santan yang sering dibeli orang yang berpendapatan rendah turut dikenakan SST.
Keadaan yang berlaku ini menimbulkan persoalan sama ada benar kerajaan berjaya menarik pelaburan yang bernilai tinggi untuk menjana ekonomi ataupun ekonomi negara ini dijana melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat.