BANGI – Seorang muslim akan mewakili agama Islam sama ada dalam menyampaikan sudut pandang atau perlakuan. Segala perkara yang haram dan bercanggah dengan Islam seperti arak, judi, riba & zina sudah jelas di dalam dirinya bahawa ia bercanggah di sisi agama.
Islam adalah syariat Allah SWT untuk semua manusia sama ada Islam atau tidak. Dengan melaksanakan syariat Islam barulah matlamat Islam untuk membawa rahmat dan keharmonian tercapai.
Semua perkara yang diharamkan oleh syariat Islam adalah untuk mengelakkan kerosakan dan kesusahan semua manuia.
Arak, judi, riba, zina, mencederakan orang, menipu dalam jual beli dan rasuah adalah aktiviti yang boleh merosakkan masyarakat awam sama ada muslim atau bukan muslim.
Menganggap amalan ini adalah hak orang bukan Islam adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan objektif Islam dalam menelihara keharmonian hidup bermasyarakat.
Konsep tiada paksaan dalam beragama hanyalah dalam aspek aqidah, kerana Islam tidak menerima keIslaman seseorang secara paksa namun dalam aspek syariah atau perundangan semua rakyat dalam negara Islam tertakluk dengan undang-undang negara.
Maka menyatakan bahawa bukan Islam berhak melakukan amalan yang meruntuhkan masyarakat seperti berzina, minum arak dan berjudi adalah termasuk dalam menyembunyikan ajaran Islam.
Terdahulu, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu didapati telah bergambar bersama sebuah mock check sumbangan syarikat Tiger kepada SJKC Tche Min berjumlah RM 3,175,034.88.
YB Datuk Hajah Aiman Athirah telah memenuhi undangan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tche Min ke Konsert Amal Pendidikan bagi membuat kutipan membina Dewan Sekolah SJKC Tche Min yang telah ditubuhkan 30 tahun yang lalu. Program tersebut telah dirasmikan oleh wakil Exco Negeri Selangor, YB Ng Suee Lim dan turut di hadir oleh YB ADUN Sungai Pelek YB Lwi Kian Keong.
Annuar Salleh
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA