Saiz Kabinet dan Kecekapan Pentadbiran Kerajaan – Afif Badhrulhisham

Afif Badhrulhisham Naib Presiden BERJASA

Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengecilkan saiz kabinet merupakan satu langkah yang terpuji dalam usaha mengelakkan ketirisan yang melampau berlaku.

Kerajaan kita yang dahulunya mencatatkan saiz kabinet yang agak besar iaitu sebanyak 70 orang kabinet iaitu 31 menteri dan 38 timbalan menteri termasuk seorang Perdana Menteri. Menurut Jabatan Peguam Negara dalam laporan Sinar Harian, kerajaan di bawah pimpinan PN pada waktu itu membelanjakan hampir RM10 juta setahun berbanding zaman PH kira-kira RM7.4 setahun.

Dengan pengecilan saiz kabinet yang ditegaskan oleh Perdana Menteri kini, ini merupakan satu langkah penjimatan yang terbaik bagi negara menghadapi krisis ketidaktentuan ekonomi pada tahun yang mendatang.

Seeloknya bajet negara banyak difokuskan untuk pembangunan rakyat dari segi pendidikan, infrastruktur, ekonomi dan peluang pekerjaan. Semua perkara ini adalah hal yang perlu diutamakan sekali.

Namun begitu, adakah pengecilan saiz kabinet ini akan menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan nanti? Dengan kekuatan menteri yang tidak ramai, semestinya pentadbiran kerajaan akan menjadi perlahan.

Saya berpendapat isu ini boleh diselesaikan dengan melantik menteri-menteri yang berkelayakan di dalam portfolio masing-masing. Jika seseorang menteri itu berpengalaman dalam menguruskan bidang strategik dan pertahanan maka lantik mereka ke dalam Kementerian Pertahanan. Sama juga untuk kementerian yang lain iaitu harusnya diisi oleh pihak yang berkemahiran.

Hal ini bertepatan dengan konsep adil yang menganjurkan meletakkan sesuatu itu berada di tempat asalnya.

Kekuatan tidak semestinya datang melalui jumlah kuantiti namun ia juga datang melalui kecekapan dan kemahiran walaupun jumlahnya tidak ramai.

Afif Badhrulhisham
Naib Presiden BERJASA

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
Ketua Wanita BERJASA Dr Fadilah

BERJASA Gesa Kerajaan Tolak UEC – Dr Fadilah

Next Post
Ir Lukman Al Hakim BERJASA

Terus Kukuhkan Aset Pertahanan Negara – Ir Lukman

Related Posts