RUU Perolehan Kerajaan 2025: BERJASA Bantah Kuasa Luas Diberikan Pada Menteri Kewangan

ruu perolehan kerajaan 2025

BERJASA membantah tindakan kerajaan yang membentangkan RUU Perolehan Kerajaan 2025 di Parlimen semalam kerana ia memberi kuasa yang lebih besar dan luas kepada Menteri Kewangan yang dijawat jawatannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif menjelaskan bahawa hal ini berpotensi menjurus kepada salah guna kuasa oleh kerajaan terutamanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memegang dua portfolio besar.

Beliau melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang individu yang bercakap tidak serupa bikin kerana dahulunya begitu lantang menyelar kerajaan terdahulu kononnya mengamalkan salah guna kuasa.

Kini kerajaan Malaysia Madani pula tanpa segan silu memberikan Perdana Menteri portfolio Menteri Kewangan ditambah pula dengan perluasan kuasa di bawah RUU Perolehan Kerajaan 2025 ini.

Beliau juga berpandangan bahawa kerajaan Malaysia Madani ini hanya berpura-pura melaungkan soal integriti tetapi itu hanya sandiwara sahaja dalam membodohkan rakyat kerana tanpa segan-silu membawa RUU yang bertentangan dengan doktrin pemisahan kuasa untuk integriti.

Apa Isu Besar RUU Perolehan Kerajaan 2025?

Mungkin ramai yang mempersoalkan mengapa BERJASA begitu keras dalam membantah RUU ini sedangkan kerajaan mencanang bahawa pembaharuan ini amat diperlukan oleh kerajaan.

Beliau senada dengan ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang mengatakan perluasan kuasa yang terlalu luas kepada Menteri Kewangan akan menimbulkan isu integriti.

Berpandukan kepada draf RUU ini yang dipetik berdasarkan Seksyen 10(1)(a) Jadual Pertama menyatakan menteri boleh meluluskan kontrak mega tanpa ada paras siling, ini menunjukkan kuasa tanpa kawalan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua, di bawah Seksyen 11(1) Jadual Kedua, menteri boleh mempengaruhi pelantikan (ke dalam) lembaga perolehan yang jelas menampakkan begitu besar isu integriti dalam RUU ini.

Bukan itu sahaja malahan ini menunjukkan bahawa menteri mempunyai dua peranan – sebagai pengawal selia dan peserta dalam keputusan perolehan.

Kerajaan Sekarang Bersikap Hipokrit

Apa yang dilakukan oleh sekarang yang ingin membentangkan RUU ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak kisah pun dengan prinsip yang mereka pegang sebelum ini.

Mereka ini dilihat begitu tergesa-gesa meluluskan undang-undang yang memusatkan terlalu banyak kuasa di tangan menteri kewangan.

Ahli politik DAP iaitu Hannah Yeoh pula tanpa segan silu membela pembentangan RUU ini dengan mengatakan RUU ini menunjukkan langkah ke depan berbanding status quo maka wajar ia untuk diteruskan pelaksanaannya oleh kerajaan.

Sedangkan Hannah Yeoh tidak tahu bahawa peruntukan yang memberi kuasa berlebihan akan membawa kepada lebih banyak kes rasuah.

BERJASA mengulang pendirian untuk RUU ini disemak semual pelaksanannya sebelum dibentangkan di Parlimen.

Sudah lah isu berkaitan RUU URA belum selesai lagi, kini kerajaan begitu tamak menginginkan kuasa yang lebih besar melalui RUU Perolehan Kerajaan 2025.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
teknologi ai di malaysia

MARS1000: Cip AI Pertama Malaysia, Teknologi AI Di Malaysia Sedia Berkembang

Next Post
ruu ura 2025

RUU URA 2025: BERJASA Gesa Perhalusi Dahulu Sebelum Muktamadkan

Related Posts