PMX Takut Suara Rakyat Atau Gagal Tanggung Kritikan?

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup ruangan komen pada beberapa hantaran rasmi Facebook berkenaan Kongres Nasional PKR 2024/2025 telah mencetuskan kekecewaan rakyat, khususnya dalam kalangan penyokong reformasi sendiri.


Perbuatan ini dianggap sebagai tindakan pengecut, lebih-lebih lagi datang daripada seorang pemimpin yang selama berdekad mendabik dada sebagai pejuang keterbukaan dan pendengar suara rakyat. Apa yang perlu ditakuti daripada komen rakyat sendiri? Adakah kerana terlalu banyak kritikan terhadap kegagalan pentadbiran Madani hingga tidak sanggup melihat realiti?


Persoalan lebih besar timbul: adakah Najib Razak, Muhyiddin Yassin atau Ismail Sabri pernah menutup komen ketika mereka berkuasa? Bahkan dalam saat getir dan diasak pelbagai isu, pemimpin-pemimpin terdahulu masih memberi ruang kepada rakyat meluahkan pendapat walau iainya tidak menyenangkan.


Ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan hari ini bukan sahaja gagal melaksanakan reformasi, tetapi juga tidak sanggup ditegur. Penutupan ruang komen bukan sekadar isu teknikal media sosial, ia mencerminkan sikap angkuh, tidak mesra rakyat dan takut kepada kebenaran.


PMX harus ingat, legitimasi pemimpin datang daripada keupayaan mendengar suara terbanyak, bukan menyekatnya. Jika suara rakyat pun mahu dikawal bagaimana nasib demokrasi dalam negara ini?

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rafizi Gagal Pertahankan Jawatan: Mana Janji Letak Jawatan?

Next Post

Dahulu Janji Mahu Ganti Azam Baki, Kini Diam Membisu, Di Mana Reformasi Kerajaan Madani?

Related Posts