KUALA LUMPUR: Serbuan polis terhadap perjumpaan makan-makan kumpulan LGBT di sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin, Pengkalan Chepa yang dipercayai disertai hampir 100 lelaki diserbu polis itu dikatakan di bawah kelolaan Majlis Aids Malaysia yang juga merupakan rakan strategik bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu berdasarkan siasatan polis ia membawa kepada penemuan ratusan kondom dan ubat HIV.
Hasil soal siasat terhadap 20 lelaki yang ditahan mendapati mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menyediakan perkhidmatan secara percuma kepada mereka yang berminat. Tiga daripada dua puluh lelaki yang ditahan telah dituduh kerana adanya video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka. Walau bagaimanapun, Dr Dzulkefly baru-baru ini telah memberi maklum balas dengan menafikan program tersebut sebagai pesta gay, tetapi program kesedaran kesihatan untuk komuniti tersebut.
Dr Fadhilah Ashari, Ketua Wanita Berjasa memberi pandangan bahawa kenaikan jumlah kes HIV sepatutnya menjadi suatu yang membimbangkan dan apabila kita memberi akses yang mudah kepada pil PREP ini, ia tidaklah begitu membantu mencegah penyakit ini dari awal malah boleh menggalakkan lagi pengamal seks songsang untuk terus melakukan aktiviti sedemikian kerana berfikiran adanya ubat untuk merawatnya.
“Penemuan ubat PREP di kawasan luar premis kesihatan berdaftar juga menjadi tanda tanya kerana jika benar adanya pengedaran ubat tersebut pada waktu itu, ia sudah dikira melanggar Akta Racun 1952 dan Akta Perubatan 1971. Kementerian Kesihatan juga perlu tegas dalam pendirian berkaitan hal ini, apakah yang menjadi pegangan sebenar KKM dalam berhadapan dengan pengamal seks songsang, adakah dengan hanya merawat tanpa perlu mencegah dari awal?, soalnya.
Dr Fadilah Ashari, Ketua Wanita Berjasa juga berkata kerajaan perlu menilai semula pemberian Prep secara mudah melalui klinik kerajaan kepada golongan tersebut. Hal ini kerana, pandangan agama dan fatwa yang sebelum ini sudah pun menasihati agar pil tersebut diberi bukan secara umum perlu dititikberatkan.
“Negara-negara seperti Singapura, Korea, Jepun dan Taiwan juga masih mengekalkan polisi kesihatan yang mana pil tersebut hanya boleh diperoleh secara berbayar di klinik-klinik swasta. Ianya penting bagi mengurangkan ‘kebebasan’ untuk pengamal seks songsang dari terus mengamalkan aktiviti berisiko itu yang sudah terang salah pada sisi agama dan undang-undang. Generasi muda pada hari ini perlu dicorakkan dengan polisi yang memberi kesejahteraan kepada mereka pada jangka masa panjang.”
pil Prep: KKM Perlu Hentikan Akses yang Mudah