Penafian muhyiddin & Siasatan SKMM: Perdana Menteri Salah Guna Kuasa?

Baru-baru ini, Ahmad Fadhli Shaari yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS telah mengemukakan dakwaan bahawa Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasa eksekutifnya apabila memberi arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat penafian Muhyiddin Yassin yang telah didakwa oleh Perdana Menteri di dalam Dewan Rakyat soal mempertahankan warga asing untuk menerima subsidi minyak.

Hal ini seperti menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasa eksekutif sehingga menggunakan agensi kerajaan yakni badan penguatkuasa sedia ada yang sepatutnya bertindak bebas dan profesional tetapi seakan-akan disuruh pula mewakili beliau untuk menyiasat orang yang membuat penafian tentang dakwaan yang telah dikemukakan sendiri oleh beliau kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penyalahgunaan kuasa di situ amat jelas. Perdana Menteri juga dilihat seperti bertindak drastik dengan mengarahkan secara terus SKMM melalui Pejabat Perdana Menteri untuk menyiasat orang yang dituduh dalam keadaan beliau yang membuat dakwaan tanpa bukti dan asas yang kukuh. Nafsu berpolitik Perdana Menteri ini sehingga terbawa-bawa kepada gerak kerja SKMM yang sepatutnya tidak terbeban dengan perkara seperti ini.

Aidil Khalid yang merupakan seorang peguam juga berpandangan kenyataan yang dilemparkan Anwar di dalam Parlimen kepada Muhyiddin sebelum ini berpotensi menjadi satu fitnah jika tiada asasnya. Beliau juga memberi persoalan akan tindakan Muhyiddin yang sepatutnya memberi respon dan membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) atau meminta Anwar memperbetulkan kenyataan beliau dan juga tidak membuat sangkaan jahat ke atas dirinya seperti yang ada dalam 36 (6).

Persoalan-persoalan tersebut bagaimanapun perlu dijawab oleh kedua-dua Ahli Parlimen terbabit agar ia tidak berterusan menjadi isu nasional yang dari awal boleh diselesaikan dengan cara yang baik dan tidak mengganggu gugat kebebasan institusi seperti SKMM. Hal ini kerana agensi ini sudah sedia berat tanggungjawab dan amanahnya kepada pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang bebas dari campur tangan politik mahupun penipu atas talian.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
pengeluaran kwsp

Pengeluaran KWSP Secara Bulanan Perlu Dibuat Secara Fleksibel, Tidak Wajar Diwajibkan Secara Paksa

Next Post

Umur Persaraan Naik: Masa Depan Belia Terbantut?

Related Posts